Nota Lengkap Matematik Sekolah Rendah (Khusus Tahun 6) Sangat Lengkap (73 Muka Surat)

nota lengkap matematik sk sungai siput

Nota lengkap matematik ini disediakan oleh guru dari SK Sungai Siput (U). Selepas melihat secara pantas nota ini, admin rasakan ianya 1 nota yang sangat baik untuk para guru kongsikan kepada semua murid. Ianya boleh dibuat sebagai satu nota rujukan pantas yang tidak terlalu pendek tetapi juga tidak terlalu panjang.

Dapatkan “Nota Ringkas Matematik Sekolah Rendah” di sini


Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘Microsoft power point’

Download : Link Download disini Nota Lengkap Matematik Tahun 6

Jadikan Nota Ini Berwarna! Kerana Warna Mampu Bantu Perkembangan Otak Mereka

BERMAIN di luar rumah seperti bola sepak, badminton atau semua jenis permainan membabitkan pergerakan fizikal sememangnya mendatangkan banyak kebaikan.

Namun dengan pelbagai isu seperti kehilangan kanak-kanak disebabkan kecuaian penjaga atau penculikan khususnya di kawasan bandar menyebabkan persekitaran luar rumah antara kawasan yang tidak selamat untuk didiami biarpun dalam tempoh seketika.

Kebanyakan ibu bapa mengambil pendekatan untuk membiarkan anak bermain di dalam rumah demi keselamatan mereka.

Ini terbukti menerusi kaji selidik yang pernah dijalankan pada tahun lalu ke atas 200 ibu bapa menunjukkan 70 peratus anak menghabiskan purata lapan hingga 20 jam sehari di dalam rumah termasuk lapan jam di pusat penjagaan dan asuhan kanak-kanak.

Walaupun rumah dikatakan kawasan paling selamat, ada juga masalahnya apabila anak gemar bermain dengan peralatan serta dinding yang menjadi medium penghantaran virus dan bakteria.

Malah ada di antara mereka mengalami tekanan dan kebimbangan kerana kekurangan peralatan permainan sehingga menjadikan permainan video sebagai bahan asas seterusnya mendatangkan masalah lain pula.

Sebagai ibu bapa atau pemilik pusat penjagaan kanak-kanak, seharusnya mereka perlu bijak mencari kaedah bagi menjadikan rumah dan pusat penjagaan kanak-kanak sesuai dijadikan kawasan permainan yang bukan sahaja selamat tetapi mampu membentuk mental dan emosi kanak-kanak dengan lebih baik.

Menurut Penolong Pengurus Besar (Pemasaran), Kumpulan Nippon Paint Malaysia, Datin Wong Meng Lee, bermain mendatangkan banyak kebaikan terutama dalam mempromosikan perkembangan emosi, sosial, fizikal dan kognitif kanak-kanak.

“Selain membentuk minda menjadi lebih kreatif menerusi peralatan permainan, perkongsian dengan rakan boleh mencungkil sifat sabar, yakin dan membentuk jalinan kerjasama erat di antara satu sama lain sekali gus membentuk jati diri mereka,” katanya.

Selain itu warna tertentu pada dinding di dalam rumah mahu pun yang terdapat di pusat asuhan kanak-kanak dan tadika dapat memberi manfaat kepada pertumbuhan tingkah laku dan kognitif anak-anak sekali gus membantu merangsang minda kreatif mereka.

“Kebanyakan ibu bapa kurang tahu warna memberi kesan terhadap emosi dan jiwa kanak-kanak. Oleh itu pentingnya golongan dewasa mempertimbangkan penggunaan unsur berwarna bagi kawasan atau ruang yang paling kerap digunakan si kecil bagi memastikan mereka membesar dalam persekitaran positif,” ujarnya.

Sebagai contoh biru dikatakan rona penenang dan berfungsi untuk mewujudkan suasana aman, kerana ia dapat mengurangkan rasa tekanan atau cemas.

Kuning pula dikaitkan dengan perasaan bahagia sekali gus membantu mempromosikan perasaan semangat dan bermotivasi tinggi dalam kalangan kanak-kanak.

Hijau adalah naungan semula jadi yang memberi impak menenangkan kepada seorang. Warna ini juga menggalakkan kelajuan membaca dan pemahaman kanak-kanak.

Terangnya lagi, jingga adalah warna terang namun penuh keceriaan. Ia turut dikenali sebagai rona yang dapat meningkatkan kemahiran komunikasi dan bersosial.

“Kanak-kanak yang cenderung menghabiskan banyak masa bermain di bilik dengan tema rona jingga cenderung lebih berkeyakinan, aktif dan sentiasa mencari peluang untuk memperbaiki diri mereka,” jelasnya mengenai makna warna.

Oleh kerana dinding adalah permukaan terbesar di rumah menyebabkan kanak-kanak cenderung menyentuh permukaan di sekitar mereka tanpa sedar dinding boleh menjadi penyebar virus dan bakteria paling cepat kepada penghuninya.

Ini turut dibuktikan menerusi kaji selidik dijalankan syarikat ini menunjukkan 80 peratus ibu bapa bersetuju anak-anak kerap menyentuh dinding semasa bermain. Sebanyak 76 peratus pula melaporkan anak mereka menggunakan dinding sebagai sokongan untuk belajar. Bagaimanapun, 86 peratus mengakui tidak membersihkan dinding seperti mana mereka kerap membersihkan lantai.

Jadi, ibu bapa bukan sahaja perlu memberi penekanan dalam aspek kebersihan keseluruhan ruang rumah termasuk dinding, malah disarankan menimba ilmu mengenai kesan warna dan membuat pilihan tepat untuk membantu perkembangan mental dan kognitif anak-anak.

“Menerusi Program Kesihatan Kanak-Kanak, kami bukan sahaja ingin membangunkan kesihatan si kecil sebaliknya membentuk persekitaran yang selamat untuk kanak-kanak bermain.

“Untuk itu ibu bapa perlu diberi kesedaran mengenai pentingnya kualiti udara dalaman serta mewujudkan persekitaran yang baik bagi menaikkan semangat mereka. Ibu bapa juga perlu didedahkan bagaimana warna yang berbeza dapat memberi kesan kepada pertumbuhan dan perkembangan anak mereka,” katanya.

JALIN BANYAK KERJASAMA

Bagi memastikan Program Kesihatan Kanak-kanak ini mencapai sasaran sejak 2017, jenama cat terkenal ini sudah menjalin kerjasama dengan pelbagai agensi.

Antaranya Persatuan Pediatrik Malaysia (MPA), Persatuan Alergi dan Imunologi Malaysia (MSAI), Persatuan Tadika Malaysia (PTM) dan Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia (PPBM) bertujuan memberikan pandangan dan kepakaran mereka demi untuk kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak.

“Menerusi jalinan kerjasama dengan ahli pediatrik, jururawat dan pakar pemakanan, kami berhasrat mendekati ibu bapa menerusi perkongsian ilmu di dalam majalah, perkongsian dengan pakar perubatan serta menganjurkan sesi meja bulat bagi membincangkan mengenai kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak.

“Perkongsian dengan PPBM pula dengan menyediakan perkhidmatan penasihat mengenai cadangan warna dan salutan selamat untuk kanak-kanak di tadika terutama mereka yang berusia antara sebulan hingga empat tahun,” katanya.

Tambahnya lagi melalui kerjasama dengan PPBM, syarikat berkenaan kini memperluaskan perkhidmatan panel penasihat kanak-kanak kepada semua pusat penjagaan kanak-kanak dan tadika berdaftar di seluruh Malaysia.

“Selain itu, panel penasihat juga bertindak sebagai platform untuk mewujudkan kesedaran mengenai kepentingan kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak kepada pemilik pusat penjagaan kanak-kanak dan pengusaha tadika menerusi penghasilan buku panduan warna untuk PPBM serta PTM.

“Dalam buku panduan ini terdapat garis panduan skim warna yang akan mempromosikan pembelajaran dan bermain untuk pembangunan mental dan fizikal kanak-kanak,” katanya.

Pada akhirnya dengan segala macam peristiwa membabitkan keselamatan dan kesihatan anak-anak yang disiarkan di dada akhbar setiap hari, sekurang-kurangnya ibu bapa berasa lega apabila membiarkan anak-anak menghabiskan masa dalam tempoh yang lama di rumah.

“Salutan pada dinding yang berkualiti dan fungsi warna bukan sahaja untuk kesejahteraan emosi kanak-kanak tetapi tumbesaran mereka,” katanya. https://www.hmetro.com.m

Penutup

Akhir kata admin berharap semoga perkongsian ini membawa manfaat kepada anda semua. Jangan lupa subsribe channel SGO untuk dapatkan lebih banyak bahan seperti Nota Matematik ini.