Noor Azmi Kata “Sekolah Tempat Lebih Selamat” atau Adakah Kerana Jika Penutupan Sekolah Berlaku Seluruh Malaysia Menyebabkan Ibubapa Tiada Tempat Nak Hantar Anak untuk di Jaga?

Noor Azmi Kata "Sekolah Tempat Lebih Selamat" atau Adakah Kerana Jika Penutupan Sekolah Berlaku Seluruh Malaysia Menyebabkan Ibubapa Tiada Tempat Nak Hantar Anak untuk di Jaga?

Ramai tak tak tahu, Sekolah tempat lebih selamat kata Noor Azmi

Sekolah masih dianggap sebagai kawasan selamat untuk pelajar, justeru kerajaan tiada cadangan untuk menutupnya kecuali bagi lokasi yang mencatat kes positif Covid-19.

Timbalan Menteri Kesihatan Dr Noor Azmi Ghazali berkata sekolah melaksanakan prosedur operasi standard yang sangat ketat seperti penjarakan fizikal, pemeriksaan suhu badan dan pengawasan aktiviti berkumpulan.

Orang awam juga, katanya, tidak dibenarkan keluar masuk sekolah, manakala pelajar yang tinggal di asrama tidak boleh balik.

“Di sekolah lebih selamat berbanding komuniti luar, jika tiada kes Covid-19, sekolah tidak akan ditutup,” katanya seperti dipetik Utusan Online.

Ahli parlimen Bagan Serai itu ditemui media selepas majlis pengagihan keuntungan Ladang Rakyat Daerah Kerian semalam. https://www.mindarakyat.net

Siapa Nak Jaga Anak Jika Sekolah Cuti?

Mungkin ramai yang terlepas pandang mengenai perkara ini dimana ianya seperti ada tersirat di dalam sebab-sebab kenapa sekolah tidak ditutup walaupun berlaku peningkatan kes COVID19 di seluruh Malaysia.

Mari kita imbas kembali berita-berita sebelum ini. Ada media melaporkan antara sebab sekolah dibuka sebelum ini adalah kerana:

  1. Kes covid19 sudah mula menurun.
  2. Sektor-sektor ekonomi dibuka semula maka ibubapa akan bekerja.
  3. Ibubapa tiada tempat nak hantar anak untuk dijaga jika mereka perlu bekerja.
  4. Wujud desakan dari pihak ibubapa yang memohon sekolah dibuka. (rujuk berita)

Jelas bukan. Jika dilihat antara senarai sebab-sebab ini, sepatutnya sekolah sekali lagi di tutup. Tetapi dengan kes yang tinggi ini pihak kerajaan masih menyatakan keadaan masih terkawal dan hanya di kawasan merah sahaja sekolah akan ditutup.

Ok secara relevannya, ramai yang sudah nampak bukan. Jika sekolah ditutup, maka kesannya sangat besar pada ekonomi negara. Cuba lihat flow ini.

  1. Ibubapa bekerja, anak-anak di hantar ke sekolah. Habis kerja atau waktu rehat, anak dibawa balik kerumah atau dihantar ke pusat nursery sementara.
  2. Sekolah ditutup, ibubapa tetap perlu pergi kerja. Siapa nak jaga anak-anak? Maka kucar-kacir akan wujud dan sekali lagi mungkin akan wujud desakan dari beberapa pihak untuk memohon sekolah dibuka kembali. Jadi akan wujud repeatation kes sahaja.
  3. Sekolah terus dibuka dan hanya kawasan merah atau sekolah terlibat ditutup terus (kelas ditutup). Ibubapa dapat pergi kerja macam biasa dan tiada desakan dari mana-mana pihak keatas pihak atasan lagi untuk merungut atau menghadapi masalah untuk datang bekerja.

Isu Keselamatan Jika Sekolah Terus dibuka VS Ekonomi Negara

Sebagai kerajaan pastinya mereka pemimpin semua sudah berfikir dan berbincang sehabis baik. SWOT pastinya telah dilakukan untuk kenal pasti kelemahan, kebaikan serta masalah dan cabaran yang bakal diterima jika mengambil sesuatu keputusan.

Bagi saya, mereka (kerajaan) sudah ada persediaan mereka hasil mesyuarat yang telah mereka lakukan. Ya, maksudnya isu keselamatan anak-anak di sekolah pasti sudah di timbal balik sebaiknya. Mereka perlu fikir apa kesan besar jika ekonomi negara jatuh.

Mungkin ada yang persoal, antara keselamatan dan ekonomi mana lagi penting? Percayalah, sebagai pentadbir mereka utamakan dua-dua. Keselamatan jadi tunjang pegangan mereka dan pada masa yang sama ekonomi negara perlu terus dijaga. Jika ekonomi kita hancur, pasti kesannya lebih teruk kerana akan berlaku kegagalan pada sistem kesihatan (hospital, klinik) di seluruh negara menyebabkan semua orang akan terkesan dan pasti kesannya lebih buruk lagi.

Tugas Kerajaan Tugas Rakyat

Ya, admin tak kata semua pemimpin bagus. Masih banyak rungutan di media sosial mengenai ketidakadilan sistem.

IISC EqualityEquity

Apa perlu pihak kerajaan dan sistem kita faham ialah perbezaan Equality dan Equity. Ambil kes begini sahaja:

  1. Orang kaya tak pakai topeng : RM1000
  2. Orang miskin tak pakai topeng : RM1000

Siapa yang lagi menderita? RM1000 untuk orang kaya adalah sangat kecil. Untuk rakyat yang bergaji kecil pula RM1000 itu mungkin mereka perlu ambil masa 6 bulan dikumpulkan. Itu baru antara rakyat, belum lagi perbandingan antara rakyat dengan pemimpin.

Isu kuarantin pun sama. Sangat kesian melihat ramai yang kena tangkap dan kena saman. Tetapi para pemimpin pula terima hukuman yang ramai persoalkan.

Ingat, makin besar jawatan kita makin besar tanggungjawab kita. Mohon sila lebih bertanggungjawab. Kalau di Jepun, bila pemimpin buat sila mereka terus letak jawatan tanda mereka mengakui khilaf mereka. Di Malaysia pula lain cerita, mungkin kerana kita terlalu taksub dengan pemimpin dan bukan jawatan. Bagi saya, jawatan itu perlu kekal tetapi bukan orangnya. Jika layak memimpin, jawatan itu mereka perlu sandang, tetapi jika tidak, jawatan itu perlu diberikan kepada orang yang lebih layak.

Mungkin kita berbeza pendapat. Tetapi kita perlu cari kata sepakat. Jangan jadi gunting yang lurus tetapi memisahkan, tetapi jadilah jarum yang sakit tetapi menyatukan. InsyaAllah teruskan kita menyokong kerajaan kita yang ada untuk bersama-sama melawan Covid19 ini. Saya yakin, kita mampu bersatu hati mengekang covid19 ini sekali lagi!