Mohon Doa Para Guru dan Ibubapa : Perjuangan “Frontliners” Tahap KRITIKAL di Sabah kata Dr Noor Hisham

Kuala Lumpur: Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyifatkan perjuangan petugas barisan hadapan dalam menentang pandemik Covid-19 di Sabah kini mencapai tahap kritikal.

Beliau berkata beberapa strategi dan pendekatan akan diambil untuk memutuskan rantaian penularan wabak berkenaan di negeri itu.

“Strategi kami berdasarkan kepada pemantauan komuniti, pengesanan kontak dengan mencari, menguji, mengasing dan merawat semua individu yang dijangkiti serta memutuskan rantaian jangkitan seterusnya dengan memperketat sempadan negeri dan daerah,” katanya menerusi hantaran Twitter, hari ini.

Semalam, Kementerian Kesihatan melaporkan 561 kes baharu di negara ini dengan Sabah mencatatkan jumlah tertinggi, sebanyak 488 kes. hmetro.com.my/

Doakan Keadaan di Sabah Kembali Selamat dan Seluruh Malaysia Dapat Atasi Wabak Covid19

Saya memohon para guru dan ibubapa semua mendoakan kesejahteraan negara terutama di Sabah, Kedah dan negeri-negeri lain yang turut berhadapan covid19 ini. Doakan agar semua petugas-petugas di barisan hadapan negara kita terus kuat dan tabah menghadapi tugas sukar kali ini.

Sungguh sayu melihat ramai petugas di hospital terutamanya yang turut sama di kuarantin dan ada yang turut terkena Covid19 ini.

Kata-kata itu doa dan antara doa yang kita perlukan sekarang ini ialah doa para guru untuk melindungi anak-anak murid kita sekalian di seluruh Sabah dan di seluruh Negara Malaysia. Doakan agar semua murid-murid selamat dan kita akan dapat menjalani kehidupan yang lebih normal selepas ini.