Kenapa Tak Makan Nasi Tapi Tak Kurus? Ini Jawapan Guru Motivasi Kesihatan Diri Yang Buat Persamaan Makan Nasi dengan Makanan Ringan Lain

Kenapa Tak Makan Nasi Tapi Tak Kurus? Ini Jawapan Guru Motivasi Kesihatan Diri Yang Buat Persamaan Makan Nasi dengan Makanan Ringan Lain

Saya tak makan nasi tapi berat tak turun pun. Pernah tak guru-guru semua mendengar rungutan kawan-kawan di bilik guru? Atau pernahkan ibubapa diluar sana menghadapi masalah ini?

Ok sebenarnya soalan ini telah banyak dijawab oleh pakar-pakar nutrisi diluar sana yang menyatakan kita memang tidak makan nasi, tetapi banyak benda lain yang kita makan dan kalori dalam makanan itu melebihi dari jumlah kalori yang kita ambil dari makan nasi.

Jadi jangan kata nak kurus, tetapi boleh jadi badan kita akan semakin berat dan gemuk. Oleh sebab itu, perkongsian Noordin Razak dalam Facebook ini telah menarik minat admin untuk kongsikan kepada ramai. Anda boleh follow beliau juga.

Persamaan Kalori Makanan Lain dengan Nasi

1 2 2 4 3 3 4 3 5 2 6 2 7 1 8 1 9 10 11 12 13

Siapa Sangka?

Ya, siapa sangka jika kita makan nasi di kedai dengan minum air milo ais sebenarnya seperti kita sudah mengambil kalori lebih 6 senduk nasi. Cuba kira jika kita ambil nasi 2 senduk, kemudian sayur dan ditambah dengan lauk ikan goreng atau kari ayam. Itu sudah menyamai 3 atau 4 senduk nasi kandungan kalorinya. Dicampur dengan kalori air milo ais!

Patutlah ramai kalangan kita sukar untuk kurus. Bahkan berat badan makin naik dan terus naik.