Guru-guru & Ibubapa Jangan Jadi Mangsa Scam Ini Duit Lesap Sekelip Mata

Guru-guru & Ibubapa Jangan Jadi Mangsa Scam Ini Duit Lesap Sekelip Mata

Sejak akhir-akhir ini kejadian scam atau macau scam atau apa sahaja scam di Malaysia semakin menjadi-jadi. Kes kerugian bernilai jutaan ringgit bukan lagi satu berita asing pada hari ini. Kemuncak kisah scam di Malaysia pula kita dihadiahkan dengan 1 berita besar iaitu penangkapan “bapa scam” di Malaysia baru-baru ini.

Yang pasti, dalam kita sujud syukur dengan tumpasnya golongan ini percaya atau tidak masih banyak pasukan,team, geng scam yang wujud di Malaysia dan terus berusaha mencari mangsa baru. Anda yakin anda tak akan di scam? Jangan yakin sangat, baca kisah licik mangsa scam ini. Dasyat taktik mereka!

Sub Topik 1

Cerita Sebenar dari Noor Hidayah Abdullah

Sebenarnya sebak lagi nak cerita hal ni, sebab masih tak habis fikir macam mana aku boleh terkena scam & macam kena pukau time dia call tu Ya Allah, tolong kuatkan aku. 😢 Orang bank cakap, memang kalau cakap dengan scammer automatik rasa macam bukan diri kita yang bercakap.
Beribu duit dalam account aku hilang, bukan sikit tau. Ribu. Duit itu pulak duit pihak laki yang dah bagi separuh untuk simpan sementara. Kamu boleh bayang tak? Dah nak dekat majlis kahwin, tetiba Allah duga macam ini. 😢
First ada seorang perempuan yang call, tanya nama aku, no IC aku. Thats why aku tak syak yang dia scam. Dia tanya, ni Cik Noor Hidayah Abdullah ke? No ic yang berdaftar sekian2, aku cakap ya. Then dia cakap dia dari SPRM Putrajaya bernama sekian², aku cakap okay. Then dia cakap, Nama Cik ni dah blacklist atas syarikat….dan akan di istihyarkan muflis dalam bulan ni. Siap lengkap dia bagi nama syarikat, no pendaftaran, tarikh tubuh syarikat & alamat syarikat. Thats why aku tak tahu yang dia scam, dia cakap kalau nak dia tolong buat aduan tentang kes, dia akan sambungkan ke Balai Polis Kelantan, aku pon ya kan sahaja. Serious rasa macam kena pukau. Then, dah sambung ke balai polis tu, dia ada satu code dekat depan. Dia cakap code itu akan sambungkan aku ke Sarjan… untuk cakap. Dah selepas sambung call, dia cakap kt aku, tolong berada di tempat yang tenang & tiada org. Time tu aku dekat dapur. Mama pun ada duduk dengar aku cakap. Tapi mama pun jadi speechless, memang tak boleh nak halang aku.
Lepas cakap2 semua dia suruh aku install apps Bank Negara System. Aku pon installed, dh install, terus ada naik borang untuk di isi. Aku mmg isi semua data. Serious cakap sebelum ini memang tak pernah angkat call scammer, hari ini benda nak jadi. Allah nak duga. Bila aku isi, terus teruninstall CIMB clicks aku seolah ada orang yang control system.Then mama cakap jom pergi balai polis, jom pergi bank. Then masa dalam perjalanan, terus aku tergerak hati nak check cimb clicks melalui google chrome. Dia dah kebas semua duit aku.
Ya Allah sedih tak tahu nak cerita. Setiap masa menangis. Susah payah aku cari duit, lepas itu mereka senang² ja scam.
1 2
3 4 1

Beringat Sebelum Kena

Golongan pesara, guru dan kakitangan kerajaan merupakan antara sasaran utama geng scam ini. Jadi beringat sebelum kena. Jangan ingat kita terlepas dari kebarangkalian untuk terkena jerat scam mereka.

Saya mohon semua guru dan ibubapa ambil cakna dan kongsikan post ini dalam group whatsapp keluarga masing-masing. Siapa tak sayang keluarga betul tak?