DBP Diserang Ribuan Komen Netizen! Pantun DBP ini Di Anggap Cetus Perang & Dituduh Hina Wanita

Ramai tak faham maksud sebenar pantun ini sebenarnya. Sekali imbas nampak seperti menyindir kamu wanita, hal ini menyebabkan ramai netizen yang menyerang post DBP ini di facebook rasmi DBP dengan pelbagai komen!

Namun begitu, ramai yang tidak tahu maksud sebenar pantun ini yang sebaliknya menyindir kaum “suami” yang tidak pandai “melayan” isteri di atas katil.

Ya, itu maksud sebenar pantun ini!

Apa Maksud Sebenar Pantun?

Setelah DBP teruk ‘digoreng’ oleh netizen, beberapa individu tampil membetulkan keadaan. Kebanyakan daripada mereka mempertahankan tindakan DBP sambil menyatakan bahawa pantun tersebut tidak boleh diambil secara terus, ia perlu difahami juga bersama dengan maksud.

Bagaimanapun, maksud di sebalik pantun tersebut itu banyak, namun semuanya mengambil subjek yang sama, iaitu pantun itu adalah nasihat buat si lelaki dan bukannya untuk memburukkan kaum wanita.

Ayman Wong, penulis buku Dunia Tanpa Tembok berkata bahawa pantun tersebut tidak menjatuhkan mana-mana jantina, tetapi lebih kepada sudut pelajaran di mana ia bermaksud “jangan pandang paras rupa semata-mata”.

Manakala Wewenang di dalam ciapannya berkata, “Dalam sungguh rupanya maksud pantun lama yang DBP kongsikan semalam. Baru faham lepas penulis terkemuka Puan Nisah Haji Haron terangkan maksud sebenar pantun ni yang secara halus dan berlapik mengkritik suami yang gagal melaksanakan nafkah batin.”

Puan Nisah di dalam mesej penerangannya berkata bahawa, “Pantun itu tentang suami yang tak pandai melayan isteri secara batin. Sebab itu dikatakan buat apa beristeri cantik, kalau tak pandai layan isteri.”

Sambil menambah bahawa secara luasnya, pantun tersebut menyatakan tanggungjawab suami kepada isteri, “Hubungan itu dua hala dan menjadi tanggungjawab suamilah untuk menentukannya,” katanya.

Salah Faham yang Memalukan

Salah seorang pengguna Twitter dengan nama The Zach menulis, “Aku rasa ini antara pantun bersifat misoginis/seksis menghina perempuan yang wajar dikaji semula penggunaannya.”

Manakala Jacalyn Kow pula mempersoalkan pantun tersebut sambil bertanya adakah dia perlu bersedia untuk ‘menumbuk sambal’ sebelum layak digelar sebagai isteri, “Saya fikir kita tidak boleh mengurung wanita untuk menetapkan peranan mereka (terutama di dapur).”

Pantun yang dimuat naik oleh DBP ini turut mendapat perhatian ahli politik di Malaysia, Muhammad Bakhtiar, Ahli Parlimen Balik Pulau berkata, “Maaf DBP pantun ini bersifat patriaki dan seksis pada pandangan saya. Adakah wanita diharap pandai menumbuk sambal lebih dari tugas lain. Tentunya tidak.”

Manakala badan bukan kerajaan, All Women’s Action Society (AWAM) di dalam ciapannya mengajak DBP untuk hadir ke kelas bagi mempelajari lebih banyak mengenai jantina.

Banyak Komen Jenaka Sinis

Bagi anda, apa respond yang anda ada di dalam fikiran sekarang?

Sumber : thevocket & berita harian.