
Waktu pagi adalah satu keadaan dimana ramai yang berkejaran untuk memulakan rutin harian. Namun, jika berIaku halangan ataupun kekangan, pastinya akan mengundang masalah buat kita.
Hal ini dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter dikenali sebagai @aimadazfar apabila menceritakan perihal sepupunya yang mengal@mi kesul!tan untuk menghadiri peperiksaan apabila laluan yang biasa dilalui ditutup kerana terdapat sebuah lori kemal4ngan.
Walau bagaimanapun, bantuan daripada pihak polis sangat membantu apabila seorang daripada anggota tersebut sanggup memboncengkan dan menghantar sepupunya menghadiri peperiksaaan walaupun telah tamat waktu bertugas.
Terima kasih banyak abang polis @PDRMsia tolong hantar sepupu saya pergi exam walaupun dah habis waktu kerja. Jalan blocked, ada lori accident, dia ada exam pukul 9am. Maaf tak tau nama abang polis ni. Kalau tau tolong tag nama dia ya!
Muat naik tersebut telah mendapat perhatian warganet dengan mendapat ratusan tanda suka dan perkongsian semula dalam masa kurang daripada sejam.
Tindakan Murni
Tindakan murni anggota polis itu bukan sahaja membolehkan sepupunya menghadiri peperiksaan yang bermula pada jam 9 pagi, namun memberikan contoh terbaik kepada rakyat Malaysia.
Menurut sumber lagi, jalan yang mereka lalui telah ditutup susulan daripada terdapat lori tanah kemalangan sehingga menyebabkan kenderaan lain terkandas.
Sumber: aimadazfar