Semakan Panggilan Pentaksiran NPQEL Ambilan Tahun 2021 Dibuka Mulai 11 September 2020

 

Semakan Panggilan Pentaksiran NPQEL Ambilan Tahun 2021 Dibuka Mulai 11 September 2020 ini merupakan hebahan terkini daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.

Semakan Panggilan Pentaksiran bagi Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan atau National Professional Qualification for Educational Leaders (NPQEL) Ambilan Tahun 2021 boleh dilaksanakan secara dalam talian melalui Sistem Modul Penggantian Pemimpin Sekolah (MPPS) NPQEL. Semakan ini boleh dilaksanakan secara berperingkat mulai 11 September hingga 23 Oktober 2020.

 

Semakan adalah secara dalam talian melalui Sistem Modul Penggantian Pemimpin Sekolah (MPPS) iaitu DI SINI.

Modul Penggantian Pemimpin Sekolah (MPPS) ini bertujuan untuk Memastikan Kepimpinan Berprestasi Tinggi Ditempatkan Di Setiap Sekolah

Aspirasi

  1. Memperkukuh kriteria pemilihan dan proses perancangan penggantian bagi Pengetua / Guru Besar (PGB) mulai 2014.
  2. Melaksanakan pakej kerjaya PGB yang baharu secara berperingkat, dengan lebih sokongan dan kebertanggungjawaban yang tinggi bagi meningkatkan keberhasilan murid.

Penutup

Sekian. Semoga perkongsian pada kali ini iaitu Semakan Panggilan Pentaksiran NPQEL Ambilan Tahun 2021 Dibuka Mulai 11 September 2020 memberikan manfaat kepada anda semua.  Teruskan bersama kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih.