Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Bapa Terkilan Tempat Permohonan Anak Memohon Pertukaran Tempat Berkhidmat Sentiasa Gagal -Tahun 2020 Official

408676638 1544107249742267 2730259366495526997 n

Bapa Terkilan Permohonan Anak Memohon Pertukaran Tempat Berkhidmat Sentiasa Gagal. “Saya hilang satu-satunya anak perempuan tunggal” ini bersumberkan daripada artikel Harian Metro.

Bukit Mertajam: “Kebiasaannya, setiap kali dia hendak pulang mengajar, dia pasti akan hulur sedikit wang belanja untuk saya tetapi pelik apabila tidak berbuat demikian minggu lalu. Mungkin itu tanda dia mahu saya ingat pada dia sebelum dia pergi buat selama-lamanya.”

Bapa Terkilan Permohonan Anak Memohon Pertukaran Tempat Berkhidmat Sentiasa Gagal

Demikian kata Othman Darus, 62, bapa kepada Nur Anisah Othman, 29, guru yang maut selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki bersama tiga rakannya terbabas dan terjunam ke dalam gaung di Kampung Long San kira-kira 220 kilometer dari tempat Miri, Sarawak.

Bantuan Kewangan RM 300 Sebulan

Othman berkata, menjadi kebiasaan anak perempuannya itu menghulurkan wang belanja setiap kali dia hendak pulang mengajar di Sarawak.

“Bagaimanapun selepas arwah hendak pulang ke mengajar pada minggu lalu dia tidak hulur apa-apa.

“Saya tidak kisah kerana tidak meminta pun tetapi agak pelik apabila perkara kebiasaan yang dia selalu lakukan setiap kali hendak pulang ke tempat Sarawak tidak dilakukannya.

“Mengenangkan saat pemergiannya buat hati saya terlalu sebak apatah lagi dia seorang anak yang sangat baik dan satu-satunya anak perempuan tunggal saya namun saya reda dengan ketentuan ini,” katanya.

fe8851ca 2d9a 4b66 b8a8 cfaab8413e0d 5

Othman berkata, anak perempuannya itu sudah enam tahun mengajar di Sarawak dan beberapa kali memohon pertukaran ke tempat Semenanjung namun gagal.

“Dia baharu berkahwin setahun yang lalu dan tidak lagi dikurniakan zuriat.

“Memang sedikit terkilan kerana orang lain mudah sangat nak dapat tukar tetapi anak saya sudah enam tahun mengajar namun permohonannya sentiasa gagal,” katanya.

Nur Anisah maut selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki bersama tiga rakannya terbabas dan terjunam ke dalam gaung di tempat Kampung Long San pada 3 September lalu.

Mereka terbabit kemalangan ketika dalam perjalanan pulang ke tempat sekolah selepas tamat tempoh kuarantin di sebuah hotel.

Tiga rakannya hanya mengalami kecederaan.

Jenazah kini dalam perjalanan dari tempat Sarawak ke Pulau Pinang telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Cherok Tokun kira-kira jam 2 pagi tadi.

Penutup

Sekian. Semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Kami, warga admin Sistem Guru Online mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham.

Teruskan bersama kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati