Semakan Tawaran Bagi Mengikuti Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) Ambilan 2 Tahun 2020 ini merupakan hebahan terkini daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.
Semakan tawaran bagi mengikuti Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan atau National Professional Qualification for Educational Leaders (NPQEL) Ambilan 2 Tahun 2020 dibuka mulai 26 Jun 2020, jam 4.00 petang. Tarikh akhir maklum balas setuju terima tawaran ialah pada 10 Julai 2020, 11.59 malam.
Semakan adalah secara dalam talian melalui Sistem Modul Penggantian Pemimpin Sekolah (MPPS) iaitu DI SINI.
Modul Penggantian Pemimpin Sekolah (MPPS) ini bertujuan untuk Memastikan Kepimpinan Berprestasi Tinggi Ditempatkan Di Setiap Sekolah
Aspirasi
- Memperkukuh kriteria pemilihan dan proses perancangan penggantian bagi Pengetua / Guru Besar (PGB) mulai 2014.
- Melaksanakan pakej kerjaya PGB yang baharu secara berperingkat, dengan lebih sokongan dan kebertanggungjawaban yang tinggi bagi meningkatkan keberhasilan murid.
Pemakluman
Iklan permohonan bagi mengikuti Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan Atau National Profesional Qualification For Educational Leaders (NPQEL) Ambilan Tahun 2021 akan dibuka mulai 29 Mei hingga 7 Ogos 2020. Proses sokongan Ketua Jabatan berakhir pada 14 Ogos 2020.
PENTING: Pastikan maklumat dalam e-Operasi dan e-Pangkat telah dikemas kini
Penutup
Sekian. Semoga perkongsian pada kali ini iaitu Semakan Tawaran Bagi Mengikuti Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) Ambilan 2 Tahun 2020 memberikan manfaat kepada anda semua. Teruskan bersama kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih.