Permohonan NPQEL Ambilan Tahun 2021 ini merupakan hebahan terkini daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.
Iklan permohonan bagi mengikuti Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan Atau National Profesional Qualification For Educational Leaders (NPQEL) Ambilan Tahun 2021 kini dibuka mulai 29 Mei hingga 7 Ogos 2020. Proses sokongan Ketua Jabatan berakhir pada 14 Ogos 2020.
Permohonan adalah melalui Modul Penggantian Pemimpin Sekolah (MPPS) iaitu DI SINI.
PENTING: Pastikan maklumat dalam e-Operasi dan e-Pangkat telah dikemas kini
Syarat-syarat Permohonan
Isi Kandungan
- Telah disahkan dalam perkhidmatan;
- Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan iaitu sekurang-kurangnya 85% berdasarkan wajaran Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT)/Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) tiga (3) tahun terakhir;
- Bebas daripada tindakan tatatertib;
- Telah mengisytiharkan harta dalam tempoh tidak melebihi lima (5) tahun;
- Bebas daripada senarai Peminjam Tegar Institusi Pinjaman Pendidikan; dan
- Diperakukan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan.
Syarat Khusus
- Telah dinaikkan pangkat ke Gred DG48 (bagi calon Pengetua) atau Gred DG32/DG34 (bagi calon Guru Besar) atau sekurang-kurangnya lima (5) tahun di Gred DG29 bagi calon Guru Besar SKM(B) untuk urusan penempatan pemangkuan;
- Mempunyai pengkhususan dalam bidang tertentu:
- Pengetua: Bidang Umum/Teknikal/Pendidikan Islam;
- Guru Besar: Bidang Umum/Cina/Tamil;
- Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya tiga (3) tahun berkhidmat sebagai Guru Kanan Mata Pelajaran/Penolong Kanan (termasuk Penolong Kanan yang dilantik secara pentadbiran di SKM(B)/jawatan-jawatan pentadbiran di PPD/JPN/ Bahagian/Institut Aminuddin Baki/Institut Pendidikan Guru/Kolej Matrikulasi;
- Mempunyai baki tempoh perkhidmatan sekurang-kurangnya lima (5) tahun sebelum bersara bagi penempatan ke jawatan PGB (tertakluk kepada tarikh kekosongan); dan
- Melepasi tahap kesihatan yang memuaskan (Perenggan 9, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 2013).
Rujukan: Panduan Pemilihan dan Penempatan Pengetua dan Guru Besar di Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPM, 28 Jun 2018
Dapatkan “Dokumen Penting berkaitan Permohonan NPQEL Ambilan Tahun 2021” di sini
Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download : Permohonan NPQEL Ambilan Tahun 2021
Penutup
Sekian. Semoga perkongsian pada kali ini iaitu Permohonan NPQEL Ambilan Tahun 2021 memberikan manfaat kepada anda semua. Teruskan bersama kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih.