Permohonan Anak GENIUS Negara

 

Permohonan Anak GENIUS Negara

Permohonan Anak GENIUS Negara ini merupakan hebahan terkini daripada Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu Permohonan Untuk Menyertai Program GENIUS Negara Di Pusat Anak GENIUS Negara Seluruh Malaysia kini dibuka.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 30 SEPTEMBER 2020

Panduan buat rakyat Malaysia terutamanya ibu bapa yang mempunyai anak berumur
empat (4) tahun dan ke bawah. Adakah anda ingin menghantar anak menyertai
program GENIUS negara Kementerian Pendidikan Malaysia KPM? Buat yang berminat
dan berkelayakan, berikut dikongsikan maklumat berkaitan Permohonan Program
GENIUS Negara di pusat anak genius di seluruh Malaysia buat rujukan semua.

Buat makluman semua, terdapat banyak Pusat Anak Genius Negara (PAGN) yang
terletak di seluruh Malaysia. Bagi kanak-kanak yang ingin menyertai Program GENIUS
Negara, mereka akan hadir ke PAGN berhampiran tempat tinggal masing-masing
untuk mengikuti Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak yang holistik dan
menyeluruh.

KEISTIMEWAAN PROGRAM GENIUS NEGARA

  1. Ia merupakan Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak yang holistik serta menyeluruh
  2. Menerapkan kurikulum yang mengintegrasikan asas asuhan lengkap dan asas didikan awal yang holistik secara menyeluruh
  3. Menggunakan pedagogi belajar melalui bermain
  4. Menekankan konsep 3E iaitu meneroka, mengeksperimen dan mengalami (Exploring, Experimenting and Experiencing
  5. Pendidik yang berkelayakan

SYARAT KELAYAKAN MENYERTAI PROGRAM GENIUS NEGARA

  1. Anak merupakan warganegara Malaysia
  2. Anak berusia empat (4) tahun ke bawah
  3. Pendapatan isi rumah kurang dari RM4,000

Dapatkan “Permohonan Anak GENIUS Negara” di sini


Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Permohonan Anak GENIUS Negara

  1. Borang Permohonan Anak GENIUS Negara
  2. Senarai Semak Pengambilan Baharu
  3. Senarai PAGN

 

DOKUMEN PENTING PERMOHONAN

  1. Salinan surat beranak
  2. Salinan MyKid anak
  3. Salinan buku kesihatan anak (muka surat hadapan dan rekod vaksin)
  4. Salinan kad pengenalan ibu bapa atau penjaga yang disahkan
  5. Salinan pendapatan ibu bapa atau penjaga yang disahkan
  6. Surat pengesahan pendapatan ibu bapa/penjaga oleh ketua kampung/pegawai kerajaan/pesuruhjaya sumpah (jika bekerja sendiri)
  7. Surat pengesahan tidak bekerja ibu bapa/penjaga oleh ketua kampung/pegawai kerajaan/pesuruhjaya sumpah

Penutup

Sekian. Semoga perkongsian pada kali ini iaitu Permohonan Anak GENIUS Negara memberikan manfaat kepada anda semua.  Teruskan bersama kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih.

 

Dapatkan Soalan Ramalan UPSR PT3 SPM 2020 + Latihan Musim PKP Covid-19(Premium Items)

.rt-wpls .single-logo a { color: #000000; font-weight: bold; } .rt-wpls .slick-prev, .rt-wpls .slick-next { width: 40px; height: 40px;}' ); ?>