Pengambilan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dengan Kepujian Ambilan Fasa 2 Tahun 2020

 

Ambilan Khas PPISMP

Pengambilan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dengan Kepujian Ambilan Fasa 2 Tahun 2020 ini merupakan pemberitahuan terkini daripada Insitut Pendidikan Guru Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk Pengambilan Khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Dengan Kepujian Ambilan Fasa 2 Tahun 2020 bagi memenuhi beberapa keperluan bidang di Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).

Iklan PISMP F2 12

CARA PERMOHONAN

  1. Permohonan khas PISMP hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang di alamat: https://pismp.moe.gov.my mulai 6 Julai 2020.
  2. Permohonan akan ditapis berdasarkan syarat-syarat kelayakan dan kriteria
    yang telah ditetapkan oleh KPM.
  3. Pemohon yang terpilih mesti menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) dan
    menyediakan rakaman video pengajaran. Panduan penyediaan rakaman video pengajaran disediakan untuk rujukan pemohon.
  4. Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : https://pismp.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, Panduan Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG), Panduan Penyediaan Video Pengajaran, syarat bidang serta kalendar aktiviti (Lampiran B) sebelum membuat permohonan.
  5. Pemohon dibenarkan mengemukakan SATU (1) sahaja permohonan dan pemohon boleh mengemaskini pada bila-bila masa sehingga tarikh permohonan ditutup.
  6. Permohonan hendaklah disahkan dan dihantar sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.
  7. Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak

MOHON DI SINI

TARIKH TUTUP PERMOHONAN
12 JULAI 2020 (11.59 MALAM)

Rujuk lampiran di bawah untuk keterangan lanjut berkaitan program ini.

Iklan PISMP F2 1

Iklan PISMP F2 2

Iklan PISMP F2 3

Iklan PISMP F2 4

Iklan PISMP F2 5 Iklan PISMP F2 6 Iklan PISMP F2 7 Iklan PISMP F2 8 Iklan PISMP F2 9 Iklan PISMP F2 10 Iklan PISMP F2 11

Penutup

Sekian. Semoga perkongsian ini iaitu Pengambilan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dengan Kepujian Ambilan Fasa 2 Tahun 2020 memberikan informasi terkini kepada anda semua khususnya kepada warga pendidik dan murid-murid serta ibu bapa. Jom sertai kami di t.me/sistemguruonline bagi mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini lagi terbaik dari semasa ke semasa.