Kemasukan Murid ke Asrama

 

Image2 02072020

Kemasukan Murid ke Asrama ini berikutan pembukaan penuh semula sekolah berdasarkan kenyataan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sudah tentu ada dalam kalangan ibu bapa atau penjaga bagi murid di sekolah berasrama yang bimbang akan keselamatan anak-anak mereka apabila tinggal di asrama kelak.

Sumber: Sinar Harian
Sumber Gambar: Sinar Harian

Usah khuatir, KPM telah mendapatkan pandangan daripada KKM mengenai langkah-langkah keselamatan di asrama sekolah.

Pembukaan semula sekolah berasrama dilaksanakan mengikut kapasiti asrama sekolah masing-masing. Asrama yang mempunyai kapasiti yang mencukupi setelah mengambil kira penjarakan sosial akan beroperasi seperti biasa.

Sumber Gambar: BERNAMA
Sumber Gambar: BERNAMA

Manakala, bagi asrama yang mempunyai kapasiti ruang terhad setelah mengambil kira penjarakan sosial, pada peringkat awal, hanya sebahagian murid sahaja dapat tinggal di asrama. Antara kekangan utama adalah penggunaan katil dua tingkat atau double decker.

KPM telah meneliti perkara ini bersama-sama KKM. Mengikut saranan KKM, pada peringkat awal kemasukan, murid hanya menggunakan katil bawah sahaja. Namun, selepas tempoh 14 hari, kumpulan murid baharu dibenarkan masuk ke asrama dengan menempatkan murid sedia ada di katil atas manakala murid baharu di katil bawah. Prosedur ini diteruskan sehingga semua murid dapat tinggal di asrama.

Setelah mengambil kira saranan KKM, secara umumnya, untuk asrama yang menggunakan katil dua tingkat, semua murid dijangka dapat kembali ke asrama dalam tempoh 28 hingga 42 hari daripada 24 Jun 2020. Tempoh untuk kembali ke asrama ini bergantung kepada bilangan murid dan akan ditetapkan oleh pihak sekolah.

Penutup

Sekian. Semoga perkongsian ini iaitu Kemasukan Murid ke Asrama memberikan informasi terkini kepada anda semua khususnya kepada warga pendidik dan murid-murid serta ibu bapa. Jom sertai kami di t.me/sistemguruonline bagi mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini lagi terbaik dari semasa ke semasa.