![[PEMAKLUMAN] Pelaksanaan Kurikulum Selari Pembukaan Semula Sekolah 1 PEMAKLUMAN](https://www.sistemguruonline.my/wp-content/uploads/2020/07/PEMAKLUMAN.jpg)
PEMAKLUMAN MENGENAI PELAKSANAAN KURIKULUM SELARI PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH. KPM telah menjajarkan kandungan kurikulum semua mata pelajaran KSSR, KSKP dan KSSM. Penjajaran kurikulum ini melibatkan menyusunan semula kandungan, pedagogi serta pentaksiran berdasarkan hasil pembelajaran yang dihasratkan bagi memenuhi keperluan khusus mata pelajaran.
Pembukaan Semula Sekolah
Isi Kandungan
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan pembukaan semula sekolah untuk murid bukan kelas peperiksaan awam bermula pada 15 Julai 2020 bagi murid Tahun 5 dan Tahun 6 serta Peralihan, Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4 dan Tingkatan 6 semester 1. Sesi persekolahan bagi murid Tahun 1 hingga Tahun 4 pula bermula pada 22 Julai 2020. Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah dan pemakluman berhubung model pengoperasian pembukaan penuh sekolah telah diedarkan sebagai rujukan semua pihak yang berkepentingan.
Penjajaran Semula Kurikulum
Sehubungan dengan itu, bagi membantu guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran murid bukan kelas peperiksaan bagi tempoh persekolahan berdasarkan Takwim Penggal Persekolahan 2020 yang dipinda, KPM telah menjajarkan kandungan kurikulum semua mata pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), Kurikulum Standard Kelas Peralihan (KSKP) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Penjajaran kurikulum ini melibatkan menyusunan semula kandungan, pedagogi serta pentaksiran berdasarkan hasil pembelajaran yang dihasratkan bagi memenuhi keperluan khusus mata pelajaran.
KPM menyediakan dokumen kurikulum yang telah dijajarkan, peruntukan masa minimum dan Kit Penjajaran Kurikulum sebagai rujukan kepada pihak sekolah, guru dan ibu bapa
Dapatkan “Dokumen Penjajaran Kurikulum” di sini
Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download :
- Pemakluman Mengenai Pelaksanaan Kurikulum Selari Pembukaan Semula Sekolah
- Peruntukan masa minimum KSSR
- Peruntukan masa minimum KSSM
- Kit Penjajaran Kurikulum
Penutup
Semoga perkongsian pada kali ini iaitu Pemakluman Pelaksanaan Kurikulum Selari Pembukaan Semula Sekolah memberikan manfaat kepada anda semua. Teruskan bersama kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih.