Murid sekolah rendah disahkan positif Covid-19

 

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), Datuk Christina Rundi berkata, semua kontak rapat terhadap pelajar itu telah diarahkan untuk menjalani kuarantin selama 14 hari. – Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Sumber Gambar: Astro Awani
Murid sekolah rendah disahkan positif Covid-19 1

Murid sekolah rendah disahkan positif Covid-19 ini merupakan berita terkini daripada Astro Awani oleh Ruzaini Zulkepli.

KOTA KINABALU: Seorang murid tahun dua di sebuah daerah di Inanam, Kota Kinabalu, disahkan positif COVID-19.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), Datuk Christina Rundi berkata, kesemua kontak rapat pelajar itu telah pun diarahkan untuk menjalani kuarantin selama 14 hari.

Jelasnya, mereka yang diarah kuarantin termasuk rakan sekelas, keluarga pesakit dan kontak terlibat di sekolah berkenaan.

Terdahulu, murid terbabit telah dikesan dijangkiti virus berkenaan selepas mendapatkan rawatan di sebuah klinik kesihatan.
Sehubungan itu, 37 rakan sekelas murid tersebut, ibu bapa dan lapan orang guru dikenal pasti sebagai kontak rapat kepada pesakit terbabit.

Jelas Christina, pihaknya dalam pada itu mengingatkan ibu bapa supaya tidak menghantar anak-anak mereka yang mempunyai gejala demam, batuk atau selesema ke sekolah.
Ini untuk mengelakkan insiden yang menjurus kepada suspek COVID-19.

Tambahnya lagi, para petugas sekolah turut diminta supaya melaksanakan konsep penjarakan sosial di kalangan murid-murid selain menggunakan pelitup muka dan kerap mencuci tangan dengan cecair pembasmi kuman.

 

Penutup

Sekian. Semoga perkongsian pada kali ini iaitu Murid sekolah rendah disahkan positif Covid-19 memberikan informasi terkini kepada anda semua.  Teruskan bersama kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih.