Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 6

Modul PdP Sains T6

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 6. Modul pengajaran dan pembelajaran ini telah disediakan untuk membantu guru dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains. Modul ini mengandungi beberapa unit di mana setiap topik mengandungi satu atau lebih standard pembelajaran. Setiap unit dalam modul ini mempunyai masa yang dicadangkan. Cadangan masa ini bukanlah sesuatu yang wajib dipatuhi kerana guru boleh mengadaptasikan cadangan aktiviti yang terdapat dalam model mengikut kesesuaian persekitaran, bahan dan kepelbagaian murid. Contoh yang terdapat dalam modul ini hanya meliputi sebahagian daripada keseluruhan standard Sains yang ditetapkan bagi murid Tahun 6.

Pendekatan Inkuiri

Modul ini disediakan dengan menggunakan pendekatan inkuiri di samping menggabungjalin pendekatan pedagogi lain yang bersesuaian. Penerapan elemen TMK, keusahawanan dan kreativiti serta inovasi disisipkan di mana yang sesuai dalam modul ini bagi membimbing guru dalam melaksanakannya. Modul ini menyediakan pelbagai cadangan aktiviti yang boleh digunakan oleh guru untuk murid pelbagai kecerdasan supaya semua murid boleh mencapai Standard Pembelajaran yang telah ditetapkan.

Amalan Terbaik

Aktiviti-aktiviti yang dicadangkan dalam modul ini telah mengambil kira amalan terbaik bagi membantu murid mencapai standard pembelajaran yang ditentukan di samping menyediakan suasana learning is fun semasa pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun, cadangan aktiviti dalam modul ini bukanlah sesuatu yang muktamad. Guru digalakkan mengubahsuai modul yang bersesuaian dengan murid serta perlatan yang terdapat di sekeliling mereka. Guru juga digalakkan membina modul p&p yang bersesuain dengan murid mereka. Dengan ini, guru berpeluang mengembangkan kreativiti mereka sendiri.

Dapatkan “Modul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 6” disini


Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download :
Modul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 6

 

 

Penutup

Semoga perkongsian ini dapat menbantu guru-guru untuk mencari idea bagi menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan menarik minat murid-murid. Seterusnya memupuk minat murid-murid terhadap mata pelajaran Sains bermula di peringkat rendah.

✅ ikuti kami di t.me/sistemguruonline
untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa.

 

Anda Mungkin Meminati