Modul Pendekatan Inkuiri Melalui Penguasaan Kemahiran Proses Sains Tahun 6

Modul Pendekatan Inkuiri Melalui Penguasaan Kemahiran Proses Sains Tahun 6

Modul Pendekatan Inkuiri Melalui Penguasaan Kemahiran Proses Sains Tahun 6. Modul ini digubal dengan tujuan untuk memberi penjelasan tentang kemahiran proses sains bagi membantu guru dalam menerapkan kemahiran proses sains dengan lebih berkesan supaya murid boleh menguasainya.

Matlamat kurikulum Sains sekolah rendah adalah untuk melengkapkan murid dengan ilmu pengetahuan sains, kemahiran saintifik serta sikap saintifik dan nilai murni. Adalah diharapkan murid ini akan menjadi individu yang akan menyumbang ke arah pwembentukan masyarakat berbudaya sains dan teknologi, bersifat ikram, dinamik, progresif, bertanggungjawab terhadap alam sekeliling dan mengagumi penciptaan alam.

Sains Peringkat Rendah

Sains di peringkat sekolah rendah menekankan pendekatan inkuiri melalui pelbagai aktiviti bagi membolehkan murid memperoleh pengetahuan tentang sesuatu konsep. Sekiranya murid dilibatkan dalam aktiviti ini secara aktif, ia akan menimbulkan minat dan keseronokan dalam mempelajari sains. Ia juga menjuruskan murid ke arah pemikiran yang kritis, analitis, kreatif dan inovatif sesuai dengan hasrat KSSR.

Guru yang mengamalkan pendekatan yang berorientasikan “memberitahu” akan menghasilkan murid yang hanya berkemahiran mengikut arahan tanpa memahami apa
yang mereka lakukan. Jika keadaan ini berlaku, hasrat kurikulum yang menghasilkan murid yang menguasai kemahiran proses sains dan kemahiran berfikir akan gagal, kerana murid yang dihasilkan hanya murid hanya tahu mengikut arahan tanpa boleh berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif.

Cabaran

Cabaran utama yang perlu ditangani dalam merealisasikan hasrat untuk meningkatkan penguasaan kemahiran saintifik adalah kefahaman guru itu sendiri tentang kemahiran proses sains serta keupayaan mereka mengaplikasikannya dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru-guru sains yang terlatih faham dan tahu tentang kemahiran proses sains tetapi mereka menghadapi masalah dalam menerapkan kemahiran ini kepada murid mereka.

Penguasaan murid dalam kemahiran proses sains boleh diterapkan melalui pelbagai pendekatan mengikut kesesuaian dan dirancang dengan teliti oleh guru. Salah satu pendekatan yang baik dalam menerapkan kemahiran proses sains ini adalah pendekatan berorientasikan proses yang mana murid itu sendiri mendapatkan pengetahuan sains melalui proses yang mereka lalui. Murid seharusnya sedar apa yang mereka lakukan (metakognisi) supaya mereka berupaya menggunakan kemahiran ini dalam situasi yang lain juga.

Kemahiran Proses Sains

Modul Pendekatan Inkuiri melalui Penguasaan Kemahiran Proses Sains bagi Tahun 6 ini merangkumi semua kemahiran proses sains seperti yang tersurat di dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Sains Tahun 6 iaitu memerhati, mengelas, mengukur menggunakan nombor, membuat inferens, meramal, berkomunikasi, menggunakan perhubungan ruang dan masa, mentafsir maklumat, mendefinisi secara operasi, mengawal pembolehubah, membuat hipotesis dan mengeksperimen.

Dapatkan “Modul Pendekatan Inkuiri Melalui Penguasaan Kemahiran Proses Sains Tahun 6” di sini


Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download :
Modul Pendekatan Inkuiri Melalui Penguasaan Kemahiran Proses Sains Tahun 6

 

 

Penutup

Semoga perkongsian pada kali ini iaitu Modul Pendekatan Inkuiri Melalui Penguasaan Kemahiran Proses Sains Tahun 6 memberikan manfaat kepada anda semua.  Teruskan bersama kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih.