![[KIT SEKOLAH] Pelaksanaan Kurikulum Bagi Kegunaan Pembukaan Semula Sekolah Tahun 2020 1 Kit Sekolah](https://www.sistemguruonline.my/wp-content/uploads/2020/07/Kit-Sekolah.jpg)
Kit Sekolah: Pelaksanaan Kurikulum Bagi Kegunaan Pembukaan Semula Sekolah Tahun 2020. Penjajajran Kurikulum adalah penyusunan semula kandungan, pedagogi serta pentaksiran berdasarkan hasil pembelajaran yang dihasratkan bagi memenuhi keperluan khusus mata pelajaran KSSR, KSKP dan KSSM yang terkesan akibat penularan penyakit COVID-19. Pelaksanaan kurikulum yang dijajar ini adalah bagi murid Tahun 1 sehingga Tingkatan 4 tahun 2020.
Takwim
Isi Kandungan
Berdasarkan takwim persekolahan asal yang disediakan oleh KPM, sehingga 12 Mac 2020 iaitu hari terakhir persekolahan sebelum cuti pertengahan penggal pertama, murid telah menjalani 11 minggu sesi persekolahan dan hampir 30 peratus kandungan mata pelajaran telah diajar kepada murid.
Semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), murid tidak dapat mengikuti sesi PdP secara bersemuka
sebanyak 71 hari (mulai 23 Mac 2020 – 14 Julai 2020) yang meliputi hampir 49 peratus kandungan kurikulum. Kesannya murid telah ketinggalan dalam pembelajaran kerana aspek kandungan kemahiran dan nilai asas yang diperlukan untuk menyambung pembelajaran pada peringkat seterusnya tidak dapat disampaikan sepenuhnya.
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), Kurikulum Standard Kelas Peralihan (KSKP) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) sedia ada telah dijajarkan dengan penyusunan semula dari aspek kandungan, pedagogi serta pentaksiran berdasarkan hasil pembelajaran yang dihasratkan.
Objektif Penjajaran Kurikulum
Objektif utama penjajaran kurikulum adalah:
- Memastikan kurikulum mata pelajaran tahun 2020 dapat disampaikan kepada murid
- Merapatkan jurang pembelajaran murid akibat PKP
- Menyediakan alternatif terhadap akses pembelajaran selain dari kaedah secara dalam talian
- Mengatasi pelbagai kekangan apabila melaksanakan pembelajaran secara dalam talian – tiada peranti & capaian internet, ekosistem pembelajaran kurang kondusif
- Menghasilkan model penjajaran kurikulum semasa dan selepas krisis
- Menghasilkan model penjajaran kurikulum yang boleh diaplikasikan kepada semua kurikulum
Dapatkan “Kit Penjajaran Kurikulum” di sini
Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download :
Kit Sekolah: Pelaksanaan Kurikulum Bagi Kegunaan Pembukaan Semula Sekolah Tahun 2020
Penutup
Semoga perkongsian pada kali ini iaitu Kit Sekolah: Pelaksanaan Kurikulum Bagi Kegunaan Pembukaan Semula Sekolah Tahun 2020 memberikan manfaat kepada anda semua. Teruskan bersama kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih.