[KENYATAAN MEDIA] PEMBUKAAN SEMULA KELAS BUKAN PEPERIKSAAN BAGI SEKOLAH BERASRAMA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Sertai Study Group SPM 2020

PREMIUM Hanya guru SPM dan Calon SPM 2020 sahaja dibenarkan join. ♥ Para guru SPM boleh berkongsi bahan, link, buah fikiran, video pengajaran, etc.

[Kenyataan Media] Pembukaan Semula Kelas Bukan Peperiksaan Bagi Sekolah Berasrama Kementerian Pendidikan Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan bahawa pembukaan semula sekolah bagi murid bukan kelas peperiksaan awam adalah secara berperingkat mulai 15 Julai 2020.

KPM sentiasa berusaha untuk memastikan semua murid dapat mengikuti pembelajaran secara bersemuka. Dalam konteks sekolah berasrama, beberapa penambahbaikan telah dibuat ke atas tatacara pengurusan asrama berdasarkan perbincangan bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Penambahbaikan ini telah dimasukkan sebagai tambahan kepada Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah dan telah diluluskan dalam Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Bilangan 60 Tahun 2020 pada 9 Julai 2020.

Mengambil kira kelulusan tersebut, KPM memutuskan hanya murid tingkatan empat dan tingkatan enam semester satu tahun 2020 di sekolah berasrama di bawah KPM akan kembali bersekolah pada 15 Julai 2020. Keutamaan diberi kepada kumpulan murid ini adalah bagi memastikan mereka mempunyai masa yang mencukupi untuk persediaan menduduki peperiksaan awam pada tahun 2021.

Sementara itu, murid tingkatan satu, tingkatan dua dan tingkatan tiga di sekolah berasrama akan memulakan persekolahan pada 3 Ogos 2020. Murid tingkatan satu hingga tingkatan tiga akan meneruskan pembelajaran yang berasaskan home-based learning sehingga mereka kembali semula ke sekolah pada 3 Ogos 2020.

Keputusan ini terpakai kepada Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), Sekolah Sukan Malaysia (SSM), Sekolah Sukan Negeri (SSN) dan Sekolah Seni Malaysia (SSeM).

KPM mengambil maklum akan pertanyaan ibu bapa berhubung kebenaran untuk murid pulang ke rumah sempena sambutan Hari Raya Aidiladha. Dengan penambahbaikan kepada prosedur operasi standard sedia ada, KPM tiada halangan membenarkan murid pulang ke rumah untuk menyambut Hari Raya Aidiladha bersama keluarga.

KPM sentiasa mengambil kira pandangan dan saranan KKM dalam memastikan semua murid sekolah berasrama dapat mengikuti pembelajaran di sekolah dalam keadaan yang selamat. KPM memohon supaya ibu bapa, guru dan murid dapat memberi kerjasama bagi memastikan pembukaan semula sekolah, khususnya sekolah berasrama, berjalan dengan lancar.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
9 JULAI 2020

Dapatkan “Pembukaan Semula Kelas Bukan Peperiksaan Bagi Sekolah Berasrama Kementerian Pendidikan Malaysia” di sini


Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download :
Kenyataan Media KPM

 

 

Penutup

Semoga perkongsian pada kali ini iaitu Kenyataan Media: Pembukaan Semula Kelas Bukan Peperiksaan Bagi Sekolah Berasrama Kementerian Pendidikan Malaysia memberikan manfaat kepada anda semua.  Teruskan bersama kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih.

 

Dapatkan Soalan Ramalan UPSR PT3 SPM 2020 + Latihan Musim PKP Covid-19(Premium Items)

.rt-wpls .single-logo a { color: #000000; font-weight: bold; } .rt-wpls .slick-prev, .rt-wpls .slick-next { width: 40px; height: 40px;}' ); ?>