Institut Pendidikan Guru, Kolej Matrikulasi mula dibuka bulan depan – Ismail Sabri

 

Proses pendaftaran berperingkat bagi Kolej Matrikulasi akan bermula dari 3 sehingga 7 Ogos 2020 yang melibatkan 30,000 pelajar di 15 kampus. – Gambar hiasan
Sumber: Astro Awani

Institut Pendidikan Guru, Kolej Matrikulasi mula dibuka bulan depan – Ismail Sabri ini merupakan berita terkini daripada Fareez Azman, Astro Awani.

PUTRAJAYA: Semua Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru (IPG) akan dibuka semula bagi proses pengajaran dan pembelajaran mulai Ogos dan September ini.

Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, keputusan itu dibuat selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) meneliti dan bersetuju dengan pembentangan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

“Proses pendaftaran berperingkat bagi Kolej Matrikulasi akan bermula dari 3 sehingga 7 Ogos 2020 yang melibatkan 30,000 pelajar di 15 kampus. Untuk mengelakkan tempat pendaftaran diserbu serentak, KPM buka (pendaftaran) 3 hingga 7 Ogos secara berperingkat. Proses pembelajaran bagi IPG akan bermula seminggu selepas proses pendaftaran.

“Manakala bagi IPG akan dibuka pada bulan September 2020 dan akan melibatkan 5,000 pelajar baharu dan 8,000 pelajar sedia ada,” katanya dalam sidang media harian, di sini pada Khamis.
Tambah Ismail, pembukaan Kolej Matrikulasi dan IPG juga tertakluk kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) dan garis panduan yang telah dipersetujui.

Ia melibatkan penjarakan sosial, penjarakan katil di antara satu sama lain, keselamatan, kebersihan diri dan garis panduan dalam kelas serta asrama.

Penutup

Sekian. Semoga perkongsian pada kali ini iaitu Institut Pendidikan Guru, Kolej Matrikulasi mula dibuka bulan depan – Ismail Sabri memberikan informasi terkini kepada anda semua.  Teruskan bersama kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih.