Guru buat persiapan buka sekolah maut. Berita ini merupakan berita terkini bersumberkan Berita Harian. Kejadian berlaku di Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Gajah Tanah Merah, Kelantan.
Seorang guru lelaki maut selepas terjatuh dari balkoni tingkat satu di sekolahnya ketika melakukan persiapan akhir sempena pembukaan sekolah esok, tengahari tadi.
Dalam kejadian jam 12.30 tengahari , mangsa berusia 54 tahun meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala.
Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Zainuddin Md Yusuf, berkata ketika kejadian mangsa sedang melakukan pemeriksaan air bagi memastikan setiap sinki di dalam kelas berfungsi.
“Mangsa dikatakan memanjat keluar dari dalam kelas ke balkoni belakang sebelum memijak kerusi plastik dan tergelincir jatuh pada ketinggian kira-kira tiga meter,” katanya.
Beliau berkata, ketika kejadian mangsa bersama dua rakannya di balkoni berkenaan manakala terdapat guru lain dalam kelas itu.
“Terdapat guru yang melihat kejadian berkenaan dan kami dimaklumkan semua guru ke sekolah untuk melakukan persediaan sempena pembukaan sekolah esok, 15 Julai 2020.
Mangsa mempunyai lima orang anak berkhidmat sebagai guru Matematik di sekolah berkenaan sejak 17 tahun lalu,.
“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tanah Merah (HTM) untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut”.
Sehubungan dengan itu, pihak Sistem Guru Online mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham. Semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Aamiin.
Sama-samalah kita menjaga keselamatan diri tidak kira di mana sahaja.