Garis Panduan Pengurusan Asrama

 

Garis Panduan Pengurusan Asrama

Garis Panduan Pengurusan Asrama ini adalah terkini daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.

Garis Panduan Pengurusan Asrama Sekolah ini digunakan sebagai rujukan kepada pentadbir, guru, warden, penyelia asrama dan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) di sekolah rendah, sekolah menengah, Kolej Vokasional dan Kolej Tingkatan Enam di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta Institusi Pendidikan Swasta (IPS) yang berdaftar dengan KPM.

Garis panduan ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (rujukan Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 5 Tahun 2020 bertarikh 4 Jun 2020), surat pekeliling ikhtisas, surat siaran dan arahan peraturan berkaitan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia dari semasa ke semasa.

Pengurusan Bilik (Dorm) Asrama

Asrama yang mempunyai ruang terhad boleh beroperasi secara bersyarat. Syarat-syarat yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut:

  1. penggunaan bilik khas asrama dijadikan bilik tidur murid;
  2. murid dibenarkan berulang alik dari kediaman ke sekolah dengan persetujuan ibu bapa/penjaga. Keutamaan untuk tinggal di asrama perlu diberikan kepada murid seperti berikut:
    1. murid tinggal jauh dari sekolah;
    2. murid daripada keluarga dalam kategori B40;
    3. murid tidak dapat hadir ke sekolah jika tidak diberikan kemudahan tinggal di asrama;
    4. murid tinggal di tempat yang sukar mendapatkan kemudahan pengangkutan dan terdapat ancaman keselamatan; atau
    5. ibu bapa/penjaga berada/tinggal di luar negara.
  3. Asrama sekolah yang berhampiran boleh digunakan untuk menempatkan murid dari sekolah berhampiran dengan persetujuan ibu bapa/penjaga. Penempatan tersebut diurus dan diselaraskan oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) serta Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).
  4. Tingkat atas dan bawah katil dua tingkat (double decker) boleh digunakan dengan penjarakan katil satu (1) meter. Penghadang fabrik selebar satu (1) meter dipasang di bahagian sisi kiri dan kanan katil dari lapik tilam tingkat atas ke lapik tilam tingkat bawah katil dua tingkat (double decker). Penghadang fabrik mesti disanitasi sekurang-kurangnya sekali sehari.
  5. Sekiranya penjarakan katil satu (1) meter tidak dapat dilaksanakan, pihak sekolah hendaklah meletakkan penghadang antara katil dua tingkat (double decker) seperti almari dan lain-lain yang bersesuaian.

Dapatkan “Garis Panduan Pengurusan Asrama” di sini


Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Garis Panduan Pengurusan Asrama

 

Pengurusan Dewan Makan Asrama

  1. Makanan boleh disajikan menggunakan kaedah seperti berikut:
    1. bufet;
    2. berhidang secara individu; atau berbungkus.
  2. Pekerja dewan makan/pramusaji sahaja dibenarkan untuk mencedok makanan.
  3. Pekerja dewan makan/pramusaji mesti memakai pelitup muka dan sarung tangan semasa menyedia dan menghidangkan sajian.
  4. Penggunaan skirting di meja makan tidak dibenarkan.

Pengurusan Murid Bergejala

  1. Sekiranya terdapat murid yang bergejala, pihak sekolah perlu mendapatkan nasihat Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) untuk tindakan selanjutnya.
  2. Ibu bapa/penjaga perlu dimaklumkan mengenai keadaan murid tersebut.
  3. Murid yang bergejala hendaklah diletakkan di dalam bilik sakit/kesihatan dan diasingkan daripada murid sakit yang lain sementara menunggu untuk dibawa mendapatkan rawatan.

Peraturan Keselamatan

  1. Pelawat tidak digalakkan. Pelawat yang hadir mesti diimbas suhu badan dan perlu memakai pelitup muka semasa berjumpa dengan murid.
  2. Ibu bapa/penjaga yang mempunyai anak dengan imuniti badan yang rendah digalakkan membekalkan anak dengan pelitup muka secukupnya.
  3. Pentadbir sekolah disaran memantau kesihatan murid bagi memastikan tiada murid yang bergejala sebelum kemasukan kohort murid yang baharu.

Pengurusan Perkhidmatan Dobi

  1. Cucian pakaian dengan mesin basuh/perkhidmatan dobi di asrama adalah secara individu sahaja.
  2. Mesin basuh yang digunakan hendaklah dibersihkan atau disanitasi sebelum dan selepas digunakan.

Penutup

Sekian. Semoga perkongsian pada kali ini iaitu Garis Panduan Pengurusan Asrama memberikan manfaat kepada anda semua.  Teruskan bersama kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih.