Elaun Perumahan Wilayah Guru akan dikaji semula – KPM

 

Dr Mohd Radzi Md Jidin, perkara itu akan dilihat semula selepas beberapa isu dibangkitkan oleh guru di beberapa kawasan yang menerima elaun lebih rendah. – Gambar fail/BERNAMA
Elaun Perumahan Wilayah Guru akan dikaji semula - KPM 1

Elaun Perumahan Wilayah Guru akan dikaji semula – KPM ini merupakan berita terkini daripada Astro Awani.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengkaji semula Elaun Perumahan Wilayah (EPW) guru di Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia.

Menurut Menteri Kanan Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin, perkara itu akan dilihat semula selepas beberapa isu dibangkitkan oleh guru di beberapa kawasan yang menerima elaun lebih rendah.

“Ini pertama kali saya mendapat maklumat sedemikian, izinkan saya balik dan berbincang apakah keadaan sebenar berkaitan dengan hal tersebut,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan Dewan DSP Abu Bakar Titingan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Titingan di Tawau pada Sabtu.

Elaun Perumahan Wilayah (EPW) menjadi antara isu yang terus dipersoalkan oleh guru di beberapa kawasan.

Mengikut statistik EPW, guru dengan Gred G44 dari Semenanjung Malaysia menerima elaun antara RM730 sehingga RM830.

Manakala guru gred yang sama daripada Sabah dan Sarawak hanya menerima elaun RM200 hingga RM550.

Penutup

Sekian. Semoga perkongsian pada kali ini iaitu Elaun Perumahan Wilayah Guru akan dikaji semula – KPM memberikan manfaat kepada anda semua.  Teruskan bersama kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih.