Dokumen Penjajaran Kurikulum Al-Syariah Tingkatan 2

Dokumen Penjajaran Kurikulum Al-Syariah Tingkatan 2 ini disediakan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu untuk kegunaan bagi tahun ini (2020) sahaja.

Dokumen ini disediakan bagi membantu guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran murid bukan kelas peperiksaan bagi tempoh persekolahan berdasarkan Takwim Penggal Persekolahan 2020 yang dipinda, KPM telah menjajarkan kandungan kurikulum semua mata pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), Kurikulum Standard Kelas Peralihan (KSKP) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Penjajaran kurikulum ini melibatkan penyusunan semula kandungan, pedagogi serta pentaksiran berdasarkan hasil pembelajaran yang dihasratkan bagi memenuhi keperluan khusus mata pelajaran.

Berdasarkan takwim persekolahan asal yang disediakan oleh KPM, sehingga 12 Mac 2020
iaitu hari terakhir persekolahan sebelum cuti pertengahan penggal pertama, murid telah
menjalani 11 minggu sesi persekolahan dan hampir 30 peratus kandungan mata pelajaran
telah diajar kepada murid.

Semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga Perintah Kawalan
Pergerakan Pemulihan (PKPP), murid tidak dapat mengikuti sesi PdP secara bersemuka
sebanyak 71 hari (mulai 23 Mac 2020 – 14 Julai 2020) yang meliputi hampir 49 peratus
kandungan kurikulum. Kesannya murid telah ketinggalan dalam pembelajaran kerana aspek kandungan kemahiran dan nilai asas yang diperlukan untuk menyambung pembelajaran pada peringkat seterusnya tidak dapat disampaikan sepenuhnya.

Objektif utama penjajaran kurikulum ini adalah seperti berikut:

  1. Memastikan kurikulum mata pelajaran tahun 2020 dapat disampaikan kepada murid
  2. Merapatkan jurang pembelajaran murid akibat PKP
  3. Menyediakan alternatif terhadap akses pembelajaran selain dari kaedah secara
    dalam talian
  4. Mengatasi pelbagai kekangan apabila melaksanakan pembelajaran secara dalam talian – tiada peranti & capaian internet, ekosistem pembelajaran kurang kondusif
  5. Menghasilkan model penjajaran kurikulum semasa dan selepas krisis
  6. Menghasilkan model penjajaran kurikulum yang boleh diaplikasikan kepada semua kurikulum

Sehubungan dengan itu, anda boleh memuat turun dokumen ini pada pautan muat turun yang telah disediakan di bawah.

Dapatkan “Dokumen Penjajaran Kurikulum Al-Syariah Tingkatan 2” di sini


Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Dokumen Penjajaran Kurikulum Al-Syariah Tingkatan 2

 

Kandungan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) telah dijajarkan bagi memenuhi keperluan pembelajaran murid yang terkesan lanjutan daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan akibat penularan koronavirus (COVID-19).

Arahan PKP telah membawa normal baharu dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara maya. Dapatan daripada beberapa tinjauan melalui media cetak dan elektronik menunjukkan bahawa PdP secara maya semasa tempoh PKP, tidak dapat dilaksanakan secara menyeluruh dan bersistematik.

Implikasinya, wujud jurang pembelajaran antara murid. Hal demikian turut menjejaskan penguasaan kandungan, kemahiran dan nilai asas yang diperlukan oleh murid bagi meneruskan pembelajaran ke peringkat seterusnya. Oleh itu, penjajaran kurikulum ini merupakan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memastikan kelangsungan pembelajaran murid berlaku.

Kurikulum yang dijajarkan ini bukanlah kurikulum baharu, tetapi kurikulum sedia ada yang disusun semula berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) KSSM. Kandungan DSKP tersebut dibahagikan kepada Kandungan Asas, Kandungan Tambahan dan Kandungan Pelengkap.

Penjajaran kandungan kurikulum ini bertujuan memberi penekanan terhadap kandungan asas yang perlu dikuasai oleh murid. Manakala kandungan tambahan dan kandungan pelengkap berperanan menyokong keseluruhan pembelajaran bagi kandungan sesuatu mata pelajaran melalui pelbagai kaedah dan teknik pembelajaran.

Pendekatan pembelajaran teradun yang menggabungkan teknik pengajaran bersemuka dan tidak bersemuka menggunakan medium yang sesuai mampu menghasilkan PdP yang lebih fleksibel tanpa mengabaikan hasil pembelajaran yang dihasratkan.

Penutup

Sekian. Semoga perkongsian pada kali ini iaitu Dokumen Penjajaran Kurikulum Al-Syariah Tingkatan 2 memberikan manfaat kepada anda semua.  Teruskan bersama kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here