15 dan 22 Julai, Tarikh Pembukaan Sekolah. Pernyataan ini berikutan Sidang Media Khas daripada YB Senator Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin, Menteri Kanan Pendidikan , Kementerian Pendidikan Malaysia sebentar tadi (1 Julai 2020, 4:00 petang).
Pembukaan sekolah bagi murid yang merangkumi murid sekolah menengah iaitu murid Kelas Peralihan, Tingkatan 1 sehingga 4, Tingkatan 6 Semester 1 dan murid sekolah rendah Tahap 2 iaitu Tahun 5 dan 6 adalah pada 15 Julai 2020, Rabu.
Manakala, pembukaan sekolah bagi murid Tahun 1 sehingga Tahun 4 adalah pada 22 Julai 2020, Rabu.
Penutup
Sekian. Semoga perkongsian ini iaitu 15 dan 22 Julai, Tarikh Pembukaan Sekolah  memberikan informasi terkini kepada anda semua khususnya kepada warga pendidik dan murid-murid serta ibu bapa. Jom sertai kami di t.me/sistemguruonline bagi mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini lagi terbaik dari semasa ke semasa.