Webinar Kesedaran Epilepsi Dalam Kalangan Guru

 

Sertai Study Group SPM 2020

PREMIUM Hanya guru SPM dan Calon SPM 2020 sahaja dibenarkan join. ♥ Para guru SPM boleh berkongsi bahan, link, buah fikiran, video pengajaran, etc.

Webinar Kesedaran Epilepsi Dalam Kalangan Guru

Terdapat kira-kira lebih 50 juta orang yang menghidap epilepsi di seluruh dunia, menurut World Health Organization (WHO). Namun kesedaran masyarakat kita tentang epilepsi ini masih rendah.

Jadi satu Webinar bertajuk Kesedaran Epilepsi Dalam Kalangan Guru anjuran Bersama SEAMEO SEN dan Epilepsy Council akan dibuat bagi meningkatkan kesedaran tentang epilepsi.

 

Maklumat Webinar :

Tarikh : 4 Jun 2020 (Khamis)

Masa : 10.00 pagi

Cara menyertai :

Sertai webinar ini dengan mendaftar secara percuma di

https://link.seameosen.org/webinar1

Pautan webinar akan diberikan melalui emel kepada peserta yang berdaftar.

E-sijil juga akan disediakan kepada peserta yang berdaftar.

 

Pilihan Saluran Siaran Langsung:

https://link.seameosen.org/webinar1live

Penceramah

Ucapan Pembukaan oleh Hajah Salmah Binti Jopri, Pengarah SEAMEO SEN Malaysia.

Moderator oleh Puan Monishah Binti Md. Shah, SEAMEO SEN Malaysia.

Penceramah :

Dr. Ahmad Rithauddin Bin Mohamed, Hospital Tunku Azizah, Kuala Lumpur

Prof. Dr. Fong Choong Yi, Universiti Malaysia, Kuala Lumpur

Prof. Madya Dr. Wong Sau Wei, Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia

 

Kenali SEAMAO SEN

Southeast Asian Ministers of Education Organization (SEAMEO)  adalah organisasi antara kerajaan serantau yang ditubuhkan pada tahun 1965 di antara pemerintah negara-negara Asia Tenggara untuk mempromosikan kerjasama serantau dalam bidang pendidikan, sains dan budaya di rantau ini. Negara anggota SEAMEO adalah Malaysia, Thailand, Indonesia, Kemboja, Republik Sosialis Vietnam, PDR Lao, Negara Brunei Darussalam, Singapura, Filipina, Republik Kesatuan Myanmar dan Timor Leste.

Terletak di Malaysia, SEAMEO Regional Center for Special Educational Needs (SEAMEO SEN) adalah pusat serantau yang mengkhususkan diri dalam pendidikan untuk menyokong keperluan kanak-kanak dengan pelbagai kecacatan, kanak-kanak istimewa dan berbakat di rantau Asia Tenggara (SEA).

Semoga dengan penganjuran webinar Kesedaran Epilepsi Dalam Kalangan Guru  ini, lebih ramai guru dan masyarakat dapat  mengenali tentang epilepsi dengan lebih dekat. Juga dapat membantu memberi sistem sokongan serta persekitaran yang positif dan kondusif kepada pesakit epilepsi di sekeliling kita.

 

Dapatkan Soalan Ramalan UPSR PT3 SPM 2020 + Latihan Musim PKP Covid-19(Premium Items)

.rt-wpls .single-logo a { color: #000000; font-weight: bold; } .rt-wpls .slick-prev, .rt-wpls .slick-next { width: 40px; height: 40px;}' ); ?>