Teks Ucapan PM – Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) akan menggantikan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mulai 10 Jun sehingga 31 Ogos ini.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan demikian dalam perutusan khas sebentar tadi.
Lebih Banyak Kelonggaran
Menurut Muhyiddin, dalam tempoh PKPP dilaksanakan, lebih banyak kelonggaran akan diberikan untuk menjalani aktiviti kehidupan seharian di samping mematuhi prosedur opearasi standard (SOP) secara berterusan.
“Mulai 10 Jun 2020, perjalanan rentas negeri akan dibenarkan kecuali di kawasan yang diisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan atau PKPD.”
“Justeru bagi mereka yang ingin menziarahi ibu-bapa yang tinggal berjauhan di negeri lain bolehlah berbuat demikian namun dinasihatkan agar sentiasa jaga kebersihan diri, pakai pelitup muka apabila berada di tempat awam dan elakkan tempat yang sesak semasa pulang ke kampung.”
Aplikasi MySejahtera
Sehubungan dengan pelaksanaan PKPP ini, orang ramai diseru untuk menggunapakai aplikasi MySejahtera yang telah dibangunkan oleh kerajaan untuk membolehkan orang ramai melaksanakan penilaian kesihatan kendiri. Aplikasi ini juga akan membolehkan Kementerian Kesihatan Malaysia mengambil tindakan yang cepat, tepat dan berkesan untuk mengenalpasti dan memaklumkan kontak rapat sekiranya berlaku kes jangkitan COVID-19 dalam masyarakat.
MySejahtera (Android)
MySejahtera (ios)
Intipati PKPP Bermula 10 Jun 2020
Antara pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP):
- Aktiviti pelancongan domestik akan dibenarkan.
- Sambutan Aidiladha dan aktiviti korban dibenarkan mengikut SOP ditetapkan.
- Sekolah akan dibuka secara berperingkat setelah dapat nasihat Kementerian Kesihatan.
- Aktiviti komersial babitkan urusan jualan bukan dalam premis dibenarkan sepanjang Perintah Kawalan Perintah Pemulihan (PKPP).
- Waktu operasi perniagaan akan beroperasi seperti biasa namun dengan pematuhan SOP.
- Beberapa sukan dan aktiviti rekreasi akan dibenarkan kecuali sukan membabitkan sentuhan, penonton dan perhimpunan penyokong.
- Sempadan negara masih ditutup.
- Kelonggaran benarkan lebih ramai jemaah hadir ikut ruang keluasan masjid, rumah ibadat sedang diperhalusi kerajaan.
- Pub, kelab malam, pusat karaoke, rumah terbuka dan aktiviti yang melibatkan orang ramai masih tidak dibenarkan.
Dapatkan “Teks Ucapan PM Sempena PKPP” disini
Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download :
Teks Ucapan PM Sempena Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
Penutup
Orang ramai diminta supaya terus berdisiplin dan beristiqamah mengamalkan semua SOP yang ditetapkan bagi memastikan penularan wabak ini akan kekal terkawal dan kita akan memasuki fasa normalisasi selepas 31 Ogos 2020 sehinggalah vaksin untuk virus COVID-19 ditemui.
Namun, sekiranya berlaku peningkatan mendadak kes positif COVID-19 dalam tempoh ini, kerajaan tidak akan teragak-agak untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan atau PKPD di kawasan atau lokaliti yang berkenaan.