Surat Tawaran Kemasukan IPTA Lepasan SPM Sesi 2020/2021

surat tawaran ipta

Keputusan Permohonan Kemasukan IPTA Lepasan SPM Sesi 2020/2021. Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi telah mengumumkan keputusan bagi permohonan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019 pada 3 Jun 2020.

Keputusan ini merangkumi kemasukan ke Universiti Awam (UA), Institut Pendidikan Guru (IPG), Kolej Matrikulasi (KM), Politeknik, Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) bagi melanjutkan pengajian ke peringkat Sijil / Asasi / Matrikulasi / Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan Ijazah Sarjana Muda Senibina UiTM Sesi Akademik 2020/2021.

Daripada keseluruhan permohanan, seramai 109617 orang pelajar telah berjaya ditawarkan tempat untuk melanjutkan pelajaran ke Institut Pendidikan Tinggi Awam (IPTA).

Surat Tawaran dan Setuju Terima

Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh Institut Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) berkaitan kepada calon yang berjaya mulai 4 Jun 2020 dan calon perlu membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh 5 hari iaitu selewat-lewatnya 8 Jun 2020.

Pengesahan setuju terima tawaran dan surat tawaran boleh dicetak melalui laman web IPTA yang berkaitan.

Tarikh pendaftaran pelajar baharu adalah mulai 5 Jun 2020 hingga 4 Januari 2021 mengikut IPTA masing-masing.

Prinsip Meritokrasi

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengamalkan prinsip meritokrasi dalam pengambilan pelajar. Berdasarkan prinsip ini, semua calon yang layak dengan markah merit tertinggi tanpa mengira kaum, agama, negeri, taraf hidup dan tempat tinggal diberi peluang untuk mengikuti pengajian di IPTA. Tiada sistem kuota digunapakai dan sistem ini telah digugurkan semenjak sesi pengambilan 2002/2003.

Rayuan

Calon yang tidak menerima sebarang tawaran / gagal boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline:

http://upu.moe.gov.my

Permohonan rayuan melalui UPUOnline akan dibuka dalam tempoh 5 hari bekerja mulai 3 Jun 2020 jam 12:00 tengah hari sehingga 10 Jun 2020 jam 5:00 petang.

Muktamad

Tawaran tempat bagi sesi akademik 2020/2021 adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran tidak dibenarkan. Dasar pemilihan RAYUAN pelajar adalah tertakluk kekosongan tempat yang ditawarkan mengikut program pengajian selepas pendaftaran pelajar baharu selesai dilaksanakan.

Senarai Pautan Surat Tawaran

~ UPSI ~ UTHM ~ UTeM ~ UniSZA ~ UiTM ~ UMT ~
~ UMS ~ UMP ~ UKM ~ UM ~ UPM ~ USIM ~
~ UniMAP ~ UUM ~ UNIMAS ~ UIAM ~ UPNM ~
~ KOLEJ MATRIKULASI ~ IPG ~ POLITEKNIK / KOLEJ KOMUNITI ~
~ ILJTM ~ BLKP ~ MARA ~ ILKBS ~

Dapatkan “Keputusan Permohonan Kemasukan IPTA Lepasan SPM Sesi 2020/2021” disini


Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download :
Keputusan Permohonan Kemasukan IPTA Lepasan SPM Sesi 2020/2021

 

Talian Hotline

Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA Jabatan Pendidikan Tinggi (BKPA JPT) telah membuka kemudahan talian hotline mulai 3 Jun hingga 10 Jun dari jam 8:30 pagi hingga 4:00 petang untuk memudahkan pemohon membuat semakan dan mendapatkan khidmat runding cara.

Pemohon boleh menghubungi BKPA JPT di talian telefon 03-8870 8200 untuk bantuan.

Penutup

Tahniah diucapkan kepada pemohon yang berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di IPTA masing-masing. Semoga kalian terus menimba ilmu dan berjaya mengejar impian masing-masing demi agama dan negara.

Selamat Maju Jaya.