SUKATAN PENTAKSIRAN STAM MULAI 2020

SUKATAN PENTAKSIRAN STAM 2020

Sukatan Pentaksiran Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Mulai Tahun 2020. STAM merupakan sijil yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Al-Azhar Al-Syarif, Republik Arab Mesir seperti yang termeterai dalam Perjanjian Persefahaman Akademik dan Kebudayaan pada tahun 1999. Kurikulum STAM diambil daripada Maahad Bu’uth Al-Islamiyyah Al-Azhar, Mesir dan bahasa pengantar yang digunakan ialah bahasa Arab sepenuhnya. Peperiksaan STAM mula dilaksanakan di Malaysia pada tahun 2000 dan di Kemboja pada tahun 2016. Sijil STAM diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) setaraf dengan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Kurikulum & Buku Teks Baharu

Pelaksanaan peperiksaan STAM adalah berdasarkan kurikulum dan buku teks yang diguna pakai di Ma’ahad Bu’uth Al-Islamiyah Al-Azhar bagi kesemua sepuluh mata pelajaran yang meliputi 3 bidang iaitu:

Bidang Bahasa Arab

  • Nahu dan Sarf
  • Insya’ dan Mutalaah
  • Adab dan Nusus
  • ‘Arudh dan Qafiyah
  • Balaghah

Bidang Usuluddin

  • Hifz Al-Quran dan Tajwid
  • Tafsir dan Ulumuhu
  • Tauhid dan Mantiq

Bidang Syariah

  • Hadith dan Mustolah
  • Fiqh

Kesemua mata pelajaran tersebut ditawarkan sebagai mata pelajaran pada peringkat peperiksaan STAM. Format dan Sukatan Pentaksiran bagi semua mata pelajaran STAM telah direka bentuk berdasarkan objektif am dan objektif khusus bagi kurikulum berkenaan. Mata pelajaran peperiksaan STAM tersebut ditaksir melalui kerja kursus, ujian lisan dan ujian bertulis.

Mulai 2020

Dokumen Sukatan Pentaksiran ini akan diguna pakai mulai tahun 2020 setelah melalui proses semakan semula selaras dengan kurikulum baharu Ma’ahad Bu’uth Al-Islamiyah Al-Azhar dan penggunaan buku teks yang baharu diedarkan ke sekolah pada akhir tahun 2019.

Gred Purata Nasional (GPN)

Indeks Gred Purata Nasional (GPN) merujuk kepada penguasaan calon dalam semua mata pelajaran. Nilai GPN yang lebih kecil menunjukkan pencapaian calon yang lebih baik. Indeks GPN pada tahun 2019 adalah lebih baik berbanding tahun 2018 dengan perbezaan sebanyak 0.04. Trend GPN dari tahun 2016 hingga 2019 ditunjukkan dalam rejah berikut:

GPN STAM

Dapatkan “Sukatan Pentaksiran Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2020” disini


Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download :
Sukatan Pentaksiran Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2020

 

 

Penutup

Semoga Dokumen Sukatan Pentaksiran ini akan menjadi sumber rujukan serta dimanfaatkan oleh semua pihak supaya menepati kehendak dan hala tuju Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan membangunkan modal insan yang dapat melonjakkan kredibiliti pentaksiran pendidikan negara ke persada dunia.