
Turut kelihatan (dari kanan) Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Dr Habibah Abdul Rahim, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Keselamatan Negara Mohd Rabin Basir dan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Datuk Dr Mohd Gazali Abas.
–fotoBERNAMA (2020)
Sekolah Rendah Mungkin Akan Dibuka Semula Tahun Depan
Dalam laporan Free Malaysia Today (FMT) pada 3jun 2020, FMT menyatakan bahawa sumber yang dekat dengan perbincangan pembukaan semula sekolah berkata bahawa, rancangan menggantung persekolahan untuk sekolah rendah adalah sehingga tahun depan.
Walau bagaimanapun FMT masih belum dapat mengesahkan kenyataan ini dengan pihak berkuasa berkaitan.
Semua sekolah yang ditutup untuk cuti sekolah penggal pertama pada 14 Mac lalu masih belum dibuka akibat perintah kawalan pergerakan yang dilaksanakan pada 18 Mac lalu.
Pada sidang media Kementerian Pendidikan 15 April lepas, Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Mohd Radzi Md Jidin mengumumkan bahawa UPSR dan PT3 pada tahun ini dibatalkan.
Manakala SPM,SPVM, STPM,STAM pada tahun ini pula akan diadakan pada suku pertama tahun depan.

Kemasukan Diploma/Asasi/Matriks tahun depan akan dibuat pada bulan Julai/Ogos 2021. Ambilan Ijazah di UA juga dipinda ke bulan Oktober 2021.
Semalam Dr Mohd Radzi Md Jidin yang melakukan lawatan kerja di Sekolah Menengah Kebangsaan SMK Engku Husain memberitahu bahawa, pembukaan semula sekolah hanya melibatkan pelajar tingkatan lima dan enam sahaja dengan hampir 3000 sekolah menengah.
Dalam lawatan kerja itu juga beliau memberitahu bahawa garis panduan untuk pembukaan sekolah akan diedarkan agar pihak sekolah dapat bersedia dan membuat persiapan untuk menerima kemasukan pelajar. Garis panduan ini adalah hasil perbincangan teliti dan terperinci bersama Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Beliau juga menasihatkan ibu bapa agar tidak perlu risau untuk menghantar anak ke sekolah dan turut mendidik anak mengamalkan penjarakan sosial. Pihaknya juga sedang bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan dan MKN untuk memutuskan tarikh yang sesuai bagi kemasukan pelajar tingkatan lima dan enam bagi 3000 sekolah menengah seluruh Malaysia.