Perincian tarikh pembukaan sekolah dibincangkan esok

Perincian Tarikh Pembukaan Sekolah Dibincangkan Esok. Perincian tentang tarikh pembukaan sekolah akan dibincangkan dalam mesyuarat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada Selasa (9 Jun).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan beliau akan bermesyuarat dengan Kementerian Pendidikan Malaysia pada Selasa bagi menentukan tarikh yang sesuai untuk pembukaan sekolah.

Tingkatan 5 & 6

“Pembukaan sekolah pada fasa pertama hanya akan melibatkan pelajar tingkatan lima dan enam sahaja sebelum dibuka kepada semua”

Diumumkan 2 minggu sebelum dibuka

Tambah beliau lagi jika tarikh pembukaan sekolah ditetapkan esok, ibu bapa masih mempunyai jangka masa dua minggu untuk membuat persiapan kembali ke sekolah.

Dr Noor Hisham juga berkata, dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), bukan sahaja sektor ekonomi akan buka sebaliknya sektor-sektor lain termasuk sosial, sukan dan pendidikan juga akan dibuka.

Bagaimanapun beliau akan membincangkan dengan lebih mendalam mengenai pelaksanaan itu dalam mesyuarat tersebut, pada hari Selasa.

Penutup

Ibu bapa dan guru-guru akan menjadi barisan hadapan apabila sekolah dibuka kelak. Oleh yang demikian, persiapan rapi dan SOP yang ketat haruslah dititik beratkan demi keselamatan murid-murid dan seluruh warga sekolah.

Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia juga telah mengeluarkan Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Sekolah bagi menjelaskan SOP yang mesti dibuat di peringkat sekolah. Selain murid, penjarakan di bilik guru juga mesti diamalkan, tidak terhad kepada murid-murid dalam kelas sahaja.