Penjarakan Sosial Juga Perlu Dibuat Untuk Bilik Guru

 

Meja di dalam makmal ditanda untuk memastikan penjarakan sosial. – Gambar berita TV3

Selain penjarakan sosial di dalam kelas seperti yang ditetapkan di dalam garis panduan pembukaan semula sekolah, penjarakan sosial juga perlu dibuat untuk bilik guru.

Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Mohd Radzi Md Jidin mengatakan bahawa ini adalah bagi mengelakkan kesesakan dalam ruangan yang kecil.

Pengasingan Tempat

Pengasingan ini melibatkan sebahagian guru akan ditempatkan di pusat sumber atau di perpustakaan, bilik komputer, makmal bahasa dan juga makmal sains atau bengkel.

Notis Pembukaan Sekolah

Tentang tarikh pembukaan semula sekolah pula, beliau berkata bahawa Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) masih meneliti data berkaitan dan belum membuat keputusan.

Katanya lagi, sekarang masih belum ada tarikh pembukaan sekolah. Notis pembukaan sekolah akan dimaklumkan dua minggu lebih awal dan hanya membabitkan pelajar sekolah menengah tingkatan lima dan enam sahaja.

Garis Panduan

Garis panduan pembukaan semula sekolah itu juga menetapkan beberapa peraturan baru kepada pelajar bermula sebaik sahaja mereka melangkah masuk ke sekolah, ketika waktu pembelajaran, waktu rehat serta ketika berada di asrama.

Beliau berkata SOP yang diperkenalkan juga menetapkan peraturan yang perlu dilaksanakan oleh pihak sekolah seperti penjarakan sosial di dalam kelas, di kawasan sekolah, dalam bilik guru, di kantin dan di asrama pelajar.

Penjarakan sosial juga dilakukan di asrama sekolah. -Gambar berita TV3

Sebaik sahaja pelajar masuk ke pagar sekolah, mereka akan diperiksa suhu badan dahulu dan sekiranya simptom, akan dimaklumkan kepada guru untuk tindakan lanjut.

Kedudukan di antara murid-murid di dalam kelas pula dijarakkan satu meter untuk penjarakan sosial dan bilangan mereka dihadkan mengikut keadaan dan keluasan kelas.

Dalam makmal sekolah juga akan ditandakan jarak bagi penjarakan sosial. Ini adalah bagi memastikan pembelajaran dapat dilaksana dengan baik dan selamat, katanya di dalam laporan khas yang disiarkan BERNAMA TV,