
Penjadualan Semula Kali Kedua Takwim Peperiksaan Kendalian Kementerian Pendidikan Malaysia Bagi Tahun 2020. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telag membuat penjadualan semula kali kedua takwim peperiksaan kendalian KPM bagi tahun 2020 berdasarkan Pindaan Takwim Penggal Persekolahan Tahun 2020.
Penjadualan Semula Kali Kedua
Isi Kandungan
Penjadualan semula kali pertama peperiksaan bawah kendalian KPM telah diumumkan pada 28 Mac 2020 berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Mengambil kira pelanjutan PKP dan perkembangan semasa penularan wabak covid-19, Menteri Kanan Pendidikan pada 15 April 2020 telah mengumumkan bahawa tarikh peperiksaan awam akan ditunda kepada suku pertama tahun 2021. Ini bagi membolehkan murid mempunyai tempoh pembelajaran yang mencukupi dan dapat membuat persediaan rapi untuk menduduki peperiksaan.
Oleh kerana peperiksaan SPM tahun 2020 dijadualkan bermula minggu pertama tahun 2021, KPM telah mengambil kira keperluan untuk mengatur semula pelbagai aspek logistik bagi tujuan peperiksaan. Ini termasuklah memperincikan tarikh permulaan sesi persekolahan tahun 2021 akan dimaklumkan kelak. Penyusunan semula permulaan sesi ini penting bagi memastikan agar sesi persekolahan pada tahun hadapan berjalan lancar.
Takwim Peperiksaan 2020
Berikut merupakan takwim peperiksaan bagi tahun 2020 yang telah dijadualkan semula:
Dapatkan “Takwim Peperiksaan 2020” disini
Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download :
Takwim Peperiksaan 2020
Untuk makluman, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) (kecuali bagi komponen Hifz Al-Quran – Tasmi’ dan Tahriri) pada tahun 2020 adalah dibatalkan selaras dengan pengumuman yang dibuat oleh Menteri Kanan Pendidikan pada 15 April 2020
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
28 JUN 2020