Modul Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Tahun 2 – Sukatan dan Geometri

Modul PdP Matematik Tahun2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Tahun 2 – Sukatan dan Geometri. Sebagai usaha panduan dan pencetus idea, modul pengajaran dan pembelajaran ini disediakan bagi membantu guru merealisasikan tuntutan dan hasrat KSSR melalui pendidikan matematik. Keberkesanan pelaksanaan KSSR memerlukan guru menghayati kehendak dan semangat pendidikan matematik seperti mana yang tersurat dalam dokumen KSSR Matematik dan diterjemahkan dalam modul ini.

KSSR

Kurikulum Standard Sekolah rendah (KSSR) mendukung cita-cita murni dan unggul selaras dengan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Dasar Pendidikan Kebangsaan bertujuan melahirkan murid yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani serta menyediakan mereka untuk menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahun abad ke-21.

Matematik di peringkat sekolah rendah adalah satu mata pelajaran asas yang menegaskan kepada penguasaan bahasa matematik, kefahaman konsep, penguasaan kemahiran mengira, menaakul dan kemahiran menyelesaikan masalah serta penerapan nilai-nilai murni. Elemen kretiviti, keusahawanan dan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) perlu diterapkan melalui konteks yang sesuai bagi setiap standard pembelajaran.

Pencetus Idea

Sebagai usaha panduan dan pencetus idea, modul pengajaran dan pembelajaran ini disediakan bagi membantu guru merealisasikan tuntutan dan hasrat KSSR melalui pendidikan matematik. Keberkesanan pelaksanaan KSSR memerlukan guru menghayati kehendak dan semangat pendidikan matematik seperti mana yang tersurat dalam dokumen KSSR Matematik dan diterjemahkan dalam modul ini. Adalah diharapkan modul ini dapat membantu guru melaksanakan kurikulum matematik yang dihasratkan dapat menyediakan murid lebih berdaya saing, membentuk insan yang seimbang dan dapat menyumbang kepada keharmonian serta kesejahteraan negara.

Modul ini memuatkan beberapa maklumat berhubung dengan senarai standard pembelajaran yang perlu diajar serta cadangan aktiviti dan latihan. Modul ini boleh diguna pakai sebagai pencetus idea. Namun begitu, guru juga booleh mengubah suai dan mengembangkan lagi aktiviti yang dicadangkan.

Dapatkan “Modul Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Tahun 2” disini


Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : 
Modul Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Tahun 2 – Sukatan dan Geometri

 

Dalam proses penyediaan Modul Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Tahun 2, banyak pihak turut sama terlibat. Kepada semua pihak yang telah memberi sumbangan kepakaran, masa dan tenaga hingga terhasilnya modul ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih.