Modul Abakus dan Aritmetik Mental. Kebolehan membuat pengiraan dengan tepat dan cepat secara mental merupakan suatu aset kepada individu. Jika individu di negara ini mempunyai kebolehan tersebut, berkamna Malaysia mempunyai masyarakat yang mempunyai keupyaan mental yang tinggi dan akan disegani oleh masyarakat dunia.
Kebolehan seseorang mengira secara mental serta dapat memberikan hasil pengiraan dengan cepat dan tepat bukanlah sesuatu yang mustahil. Terdapat banyak program latihan yang memupuk kebolehan seumpamanya itu telah terbukti keberkesanannya. Program-program latihan seperti ini mempunyai kepelbagaian dari segi pendekatan dan tekniknya. Antaranya penggunaan jari-jemari atau abakus sebagai alat atau modle untuk membina kebolehan mengira secara mental.
Masyarakat Terbilang
Keberkesanan program-program latihan aritmetik mental serta potensinya untuk menjadikan masyarakat Malaysia sebagai masyarakat terbilang di dunia telah menarik perhatian pemimpin negara untuk melaksanakan program tersebut kepada semua murid sekolah di negara ini. Maka dengan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyediakan program untuk melaksanakan Abakus dan Aritmetik Mental di semua sekolah rendah di seluruh negara.
Pelaksanaan
Pelaksanaan program Abakus dan Aritmetik Mental di semua sekolah rendah di seluruh negara bukanlah suatu perkara yang boleh dilakukan dengan serta merta kerana terdapat dua isu besar yang perlu ditangani terlebih dahulu iaitu latihan kepada guru yang akan melaksanakan program Abakus dan Aritmetik Mental di bilik darjah dan menyediakan kurikulum yang sesuai untuk murid sekolah selaras dengan dasar pendidikan yang sedang berkuatkuasa sekarang ini.
Kandungan
Modul ini mengandungi 5 bahagian utama iaitu:
- Pengenalan dan Nombor
- Penambahan
- Penolakan
- Pendaraban
- Pembahagian
Dapatkan “Modul Abakus dan Aritmetik Mental” disini
Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download :
Modul Abakus dan Aritmetik Mental
Penutup
Kementerian Pendidikan Malaysia yakin bahawa jika program ini diberi penekanan dan dilaksanakan dengan betul, ia akan memberi manfaat yang besar kepada murid khususnya dan negara amnya. Sokongan semua pihak adalah diharapkan bagi mempastikan program ini dapat terus dilaksanakan bagi melihat keberkesanannya.
Modul Abakus dan Aritmetik Mental ini diterbitkan sebagai panduan dan rujukan pihak yang terlibat khususnya guru, agar mereka dapat menguasai kecekapan panggunaan abakus sebgai asas kepada perkembangan pengiraan mental, seterusnya dapat mengendalikan program ini secara berkensan.