MC Swasta: 15 Hari Setahun

MC Swasta: 15 Hari Setahun. Dalam Setahun Kalendar, Hanya Layak 15 Hari Cuti Sakit (MC) Swasta Bagi Pesakit Luar Sahaja. Waspada, Elak Rugi.

Tempoh Perkhidmatan Boleh Dimasuk Kira

Puan Siha Sahar terduduk, mengenangkan Tempoh Perkhidmatan yang Boleh Dimasuk Kira (TPBDK) sebanyak 4 hari telah dipotong, ketika pengiraan faedah persaraannya dibuat.

Ia berlaku kerana, pada Tahun 2015, beliau pernah ambil MC (Swasta), lebih 15 hari dalam 1 tahun kalender. Iaitu 19 hari.

15 hari telah genap diambil pada Oktober, tambahan 2 hari pada November dan 2 hari lagi pada Disember 2015. Jumlah diambil pada 2015 ialah 19 hari MC (Swasta) sebagai Pesakit Luar.

Pengiraan

Jumlah TPBDK (asal) beliau sehingga sehari sebelum tarikh beliau bersara pada April 2020, ialah 366 bulan 2 hari.

Selepas ditolak dari jumlah TPBDK asal (tolak 4 hari), TPBDK baharu ialah 365 bulan 28 hari.

Aha, ingat aaa, kita hanya ambil 365 bulan TPBDK sahaja untuk pengiraan faedah persaraan.

28 hari macam mana pula?

Ingat 28 hari tu, tiada bundar² kepada ‘puluh terhampir’. Kenanglah semula masa² sepatutnya kita kerja, kita TERRguna untuk urusan bukan kerja.

Kita redhakan sahaja, dengan izin-Nya, ada keberkatan dan jiwa turut lebih tenang. Percayalah.

Macam mana nak elak daripada TPBDK ditolak, kalau dah terlebih ambil ?

Sepatutnya, sejurus dapat MC (Swasta) yang lebih tu, sila dapatkan pengesahan/sokongan Pegawai Perubatan Kerajaan untuk yang lebih dari 15 hari tu (4 hari).

Bawa MC (Swasta) berkenaan BESERTA dokumen berkaitan, laporan/ rekod rawatan semasa mendapatkan rawatan dengan Pegawai Perubatan Swasta.

Jangan pula datang ‘berlenggang kangkung’ ‘berdondang sayang’ bawa MC (Swasta) semata². Macam mana lah Pegawai Perubatan Kerajaan nak sahkan/sokong nanti.

Lepas tu pula, ada lah suara², Pegawai Perubatan/Doktor kerajaan tak nak sahkan/sokong. Rasa teraniaya. Pada hal, kaedah tu yang tak betul. Rotan kang, baru tau 😆.

Justeru, bawalah dokumen tambahan tersebut untuk rujukan Pegawai Perubatan Kerajaan sebelum pengesahan/sokongan diberikan.

Tapi tak bolehlah dapatkan sokongan untuk yang tahun 2015 punya, dalam tahun 2020. Agak-agaklah. Pegawai Perubatan Kerajaan akan garu kepala yang tak gatal nanti 😅.

Setelah disahkan/disokong, barulah Pegawai PSM yang rekod, boleh rekod ia sebagai MC (Kerajaan) dalam buku ‘service’ tu.

Kalau Puan Siha Sahar tahu semua ni dari awal, pasti beliau tahu apa nak kena buat.

Haa gituu laah.. Khólas..

Dapatkan “Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2006” disini

Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download :
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2006

 

 

Penutup

Silalah rajin bertanya PSM masing-masing berkaitan perkara ini, agar tidak ‘terduduk’ di kemudian hari.

Sumber: Bahagian Pasca Perkhidmatan (PENCEN)