Lembaran Kerja Matematik Prasekolah Membilang Nombor

 

Sertai Study Group SPM 2020

PREMIUM Hanya guru SPM dan Calon SPM 2020 sahaja dibenarkan join. ♥ Para guru SPM boleh berkongsi bahan, link, buah fikiran, video pengajaran, etc.

Lembaran Kerja Matematik Prasekolah Membilang Nombor

Pelajaran matematik sudah boleh diperkenalkan kepada kanak-kanak semenjak usia prasekolah. Secara umumnya, mereka sebenarnya telah terdedah dengan pengajaran matematik dalam urusan seharian secara tidak langsung. Untuk mengembangkan lagi minda mereka dalam bidang matematik, banyak aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan di prasekolah untuk merangsang lagi pengetahuan matematik mereka.

Menurut Sigmund Freud, usia di bawah 5 tahun adalah masa emas bagi kanak-kanak, kerana di waktu ini perkembangan mereka sangat pesat. Mereka memerlukan rangsangan yang tepat agar dapat membina peribadi, serta mempelajari hal hal baru dalam kehidupan. Rangsangan untuk belajar matematik melalui kaedah yang menarik turut dapat membantu mereka untuk mendapat asas yang kuat sebagai persediaan ke peringkat lebih tinggi.

Langkah pertama adalah dengan mengenal nombor. Mengenal nombor ini merupakan pengenalan mereka dalam dunia matematik dan topik ini juga terkandung dalam tajuk sains dan teknologi bagi Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK). Jadi topik ini amat penting untuk kanak-kanak prasekolah.

Untuk peringkat awal, mereka hanya perlu didedahkan dengan beberapa nombor asas sahaja iaitu nombor 1 hingga nombor 10. Ini supaya mereka lebih mudah memahami dan juga dapat mengingati nombor yang diajar dengan baik serta mudah diaplikasikan menggunakan tangan mereka. Terdapat banyak permainan matematik yang boleh dibuat untuk menarik minat kanak-kanak prasekolah. Permainan menggunakan dadu dan bermain permainan papan adalah antara aktiviti yang boleh membantu anak-anak untuk mengira. Selain itu, perkembangan sosial melalui pergaulan dengan kanak-kanak lain juga meningkat.

Kaedah yang bagus dan boleh digunakan untuk mengenal nombor ini juga adalah melalui  belajar membilang nombor objek yang dilihat.

Dapatkan Lembaran Kerja Matematik Prasekolah Membilang Nombor disini


Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Lembaran kerja matematik prasekolah membilang nombor

Membilang nombor 1-5 SET 1

Membilang nombor 1-5 SET 2

Membilang nombor 1-10

 

 

Lembaran kerja ini adalah bersumberkan guru prasekolah yang menggunakan untuk mengajar anak murid beliau dan juga anak beliau sendiri.

Lembaran kerja ini sangat membantu kerana murid dapat membilang nombor objek serta turut belajar mengenali objek yang dikira. Mereka juga dapat mengasah kemahiran motor halus dengan mewarna gambar objek tersebut.

Semoga lembaran kerja matematik prasekolah membilang nombor ini bermanfaat untuk ibu bapa dan guru serta murid prasekolah.

 

Dapatkan Soalan Ramalan UPSR PT3 SPM 2020 + Latihan Musim PKP Covid-19(Premium Items)

.rt-wpls .single-logo a { color: #000000; font-weight: bold; } .rt-wpls .slick-prev, .rt-wpls .slick-next { width: 40px; height: 40px;}' ); ?>