Lembaran Kerja Matematik Prasekolah Asas Tolak

 

Sertai Study Group SPM 2020

PREMIUM Hanya guru SPM dan Calon SPM 2020 sahaja dibenarkan join. ♥ Para guru SPM boleh berkongsi bahan, link, buah fikiran, video pengajaran, etc.

Lembaran Kerja Matematik Prasekolah Asas Tolak

Konsep matematik asas adalah penting untuk Pendidikan awal kanak-kanak. Matematik yang diajar di peringkat prasekolah adalah asas yang diperlukan untuk berjaya di peringkat seterusnya.

Menurut Sigmund Freud, usia di bawah 5 tahun adalah masa emas bagi kanak-kanak, kerana di waktu ini perkembangan mereka sangat pesat. Mereka memerlukan rangsangan yang tepat agar dapat membina peribadi, serta mempelajari hal hal baru dalam kehidupan. Rangsangan untuk belajar matematik melalui kaedah yang menarik turut dapat membantu mereka untuk mendapat asas yang kuat sebagai persediaan ke peringkat lebih tinggi.

Bermula dengan mengenal nombor, kemudian diikuti dengan operasi tambah dan tolak mudah bersesuaian dengan kefahaman mereka. Asas tambah dan asas tolak ini secara umumnya telah mereka gunakan di dalam kehidupan harian tanpa disedari. Dengan pendidikan lebih formal di peringkat prasekolah mereka lebih memahami konsep asas tambah dan asas tolak serta lebih mudah untuk mengaplikasikan dalam aktiviti harian.

Lembaran kerja yang disediakan ini adalah asas operasi tolak yang bergambar dan tidak bergambar. Untuk peringkat ini hanya nombor 1-10 sahaja digunakan agar murid prasekolah lebih faham dan mudah belajar.

 

Dapatkan Lembaran Kerja Matematik Prasekolah Asas Tolak disini


Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : lembaran kerja matematik prasekolah asas tolak

Tolak Prasekolah SET 1

Tolak Prasekolah SET 2

Tolak Prasekolah SET 3

Tolak Prasekolah SET 4

Tolak Prasekolah SET 5

 

Lembaran kerja matematik prasekolah asas tolak ini dikongsikan oleh seorang guru prasekolah untuk mendidik anak murid dan anak beliau sendiri untuk membantu menguasai asas matematik sejak kecil.

Semoga bermanfaat dan dapat membantu ibubapa, guru dan murid prasekolah.

 

Dapatkan Soalan Ramalan UPSR PT3 SPM 2020 + Latihan Musim PKP Covid-19(Premium Items)

.rt-wpls .single-logo a { color: #000000; font-weight: bold; } .rt-wpls .slick-prev, .rt-wpls .slick-next { width: 40px; height: 40px;}' ); ?>