Lembaran kerja matematik prasekolah asas tambah
Matematik memainkan peranan penting dalam perkembangan kanak-kanak dan membantu mereka memahami dunia sekeliling. Usia 1 hingga 5 tahun adalah usia di mana mereka mula meneroka corak dan bentuk, membandingkan saiz serta mengira objek.
Menurut Sigmund Freud, usia di bawah 5 tahun adalah masa emas bagi kanak-kanak, kerana di waktu ini perkembangan mereka sangat pesat. Mereka memerlukan rangsangan yang tepat agar dapat membina peribadi, serta mempelajari hal hal baru dalam kehidupan. Rangsangan untuk belajar matematik melalui kaedah yang menarik turut dapat membantu mereka untuk mendapat asas yang kuat sebagai persediaan ke peringkat lebih tinggi.
Bila mencapai peringkat prasekolah, mereka menggunakan pelbagai kaedah untuk penyelesaian masalah seperti permainan matematik contohnya dengan bermain blok, susun atur dan lain-lain.
Selepas pandai mengenal dan membilang nombor, murid prasekolah sudah boleh memulakan pengiraan asas seperti operasi tambah dan tolak dengan permulaan nombor 1 hingga 10. Bagi memudahkan mereka lebih faham konsep matematik, ilustrasi bergambar turut disediakan. Selepas mengira murid boleh melakukan aktiviti mewarna objek yang dikira tadi. Aktiviti menyeronokkan ini dapat menarik minat mereka untuk fokus.
Dapatkan Lembaran Kerja Matematik Prasekolah Asas Tambah disini
Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download : Lembaran kerja matematik prasekolah asas tambah
Nombor 1-5
Nombor 1-10
Bahan pembelajaran ini disediakan oleh seorang guru prasekolah untuk mendidik anak murid dan anak beliau sendiri untuk menguasai asas matematik sejak kecil.
Semoga lembaran kerja ini dapat membantu guru menyediakan bahan untuk ulangkaji murid-murid prasekolah, serta meningkatkan minat pelajar untuk menguasai operasi tambah.