Koleksi Infografik Covid-19

Infografik Covid

Koleksi Infografik Covid-19. Umum mengetahui sekolah akan dibuka tidak lama lagi bermula dengan murid Tingkatan 5 dan 6. Tentunya guru-guru sibuk membuat persiapan untuk menerima kehadiran murid ke sekolah. Koleksi infografik ini dapat digunakan untuk ditampal di kawasan sekolah sebagai info maklumat serta peringatan kepada setiap warga sekolah agar sentiasa mengamalkan SOP yang telah ditetapkan.

Cetak dan Tampal

Guru-guru boleh mencetak infografik tersebut dan menampalnya di kawasan sekolah. Ini juga boleh menjimatkan perbelanjaan sekolah untuk membuat poster dan banner.

MySejahtera Check-In

Pihak sekolah juga boleh mendaftarkan premis sekolah pada aplikasi MySejahtera Check-In bagi memudahkan guru dan murid mendaftar keberadaan mereka di kawasan sekolah. Data keberadaan ini penting bagi pihak Kementerian Kesihatan (KKM) jika terdapat jangkitan di kawasan setempat dan membantu usaha KKM untuk menjejaki kontak rapat kepada kes tersebut jika ada.

Bagi menggunakan aplikasi MySejahtera Check-In, guru dan murid boleh memasang aplikasi MySejahtera terlebih dahulu di dalam telefon masing-masing bagi memudahkan proses untuk mengimbas kod QR yang disediakan. Selain itu juga pihak kerajaan sangat menggalakkan orang ramai untuk memasang aplikasi tersebut selain salah satu syarat untuk mendapatkan RM50 e-dompet.

Kementerian Kesihatan Malaysia

Infografik ini dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Segala info dan maklumat pada infografik tersebut telah disahkan oleh pihak KKM. Orang ramai juga diingatkan supaya berkongsi maklumat sahih dan menjauhi berita atau maklumat yang tidak benar.

Dapatkan “Koleksi Infografik Covid-19” disini


Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download :
Koleksi Infografik Covid-19

 

 

Penutup

Guru-guru dan murid diingatkan supaya mengamalkan setiap SOP yang ditetapkan dan patuh kepada Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia agar penyebaran covid-19 ini dapat diputuskan seterusnya memberikan suasana yang kondusif dan sihat untuk meneruskan sesi persekolahan.

Ibu bapa juga hendaklah sentiasa peka akan keadaan kesihatan anak masing-masing sebelum membenarkan mereka hadir ke sekolah. Jika terdapat simpton demam dan batuk, segeralah dapatkan pemeriksaan kesihatan dan tidak hadir ke sekolah sebelum disahkan sihat oleh pegawai perubatan.