Install MySejahtera, Boleh Claim RM50 e-Wallet

Install Aplikasi MySejahtera, Boleh Claim RM50 e-Wallet. MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri. Pada masa yang sama, ia membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.

Aplikasi MySejahtera

MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri. Pada masa yang sama, ia membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.

Aplikasi MySejahtera memberikan kemudahan untuk:

  • Membantu Kerajaan dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan seterusnya menangani wabak COVID-19
  • Membantu individu mengenal pasti tahap kesihatan mereka sepanjang penularan wabak COVID-19
  •  Membantu individu mendapatkan bantuan kesihatan dan tindakan yang perlu diambil jika dijangkiti COVID-19
  • Membantu individu mengenal pasti hospital dan klinik terdekat untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan COVID-19.

Muat Turun MySejahtera

Aplikasi MySejahtera boleh dimuat turun dari Galeri Aplikasi Mudah Alih berikut:

GooglePlay
https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.onegovappstore.mysejahtera

Appstore
https://apps.apple.com/us/app/mysejahtera/id1504055630

Huawei Apps Gallery
https://appgallery.cloud.huawei.com/marketshare/app/C101930603

Daftar MySejahtera

Untuk mendaftar, ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Muat turun dan pasang aplikasi MySejahtera
  2. Tekan butang “Daftar Di Sini” untuk mendaftar pengguna baharu
  3. Masukkan nombor telefon bimbit dan klik “Daftar” atau klik pautan “Saya ingin menggunakan e-mel untuk mendaftar” (jika ingin mendaftar menggunakan e-mel)
  4. Anda akan menerima OTP melalui SMS daripada 63839 (jika mendaftar menggunakan nombor telefon) atau pautan pengesahan pendaftaran melalui e-mel (jika mendaftar menggunakan e-mel)
  5. Masukkan OTP yang diterima dan tekan “Hantar” (jika mendaftar menggunakan nombor telefon) atau klik pada pautan dalam emel (jika mendaftar menggunakan e-mel)
  6. Masukkan butiran pendaftaran seperti arahan di skrin dan tekan butang “Sahkan”
  7. Anda akan mendapat mesej “Pendaftaran Berjaya”. Klik pada link “Tutup” di bahagian bawah skrin untuk kembali ke laman Log Masuk
  8. Masukkan ID Pengguna (nombor telefon atau e-mel) dan kata laluan anda dan klik “Log Masuk”

Tahniah! Anda berjaya mendaftar sebagai pengguna.

Ahli Keluarga dan Tanggungan

Anda BOLEH mendaftarkan maklumat berhubung ahli keluarga atau individu lain yang tidak mempunyai nombor telefon atau akses kepada telefon pintar melalui fungsi “Urus Tanggungan” di dalam aplikasi ini. Aplikasi ini akan turut membantu anda memantau tahap kesihatan mereka.