Garis Panduan Untuk Pembukaan Semula Sekolah Akan Diedar Esok

 

Sertai Study Group SPM 2020

PREMIUM Hanya guru SPM dan Calon SPM 2020 sahaja dibenarkan join. ♥ Para guru SPM boleh berkongsi bahan, link, buah fikiran, video pengajaran, etc.
Menteri Kanan (Pendidikan) Dr Mohd Radzi Md Jidin (hadapan kanan) bergambar ketika melakukan lawatan kerja di Sekolah Menengah Kebangsaan SMK Engku Husain semalam bersama Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. 
-fotoBERNAMA (2020)

Menurut artikel yang disiarkan oleh portal berita harian, Garis Panduan Untuk Pembukaan Semula Sekolah akan diedar esok iaitu 4 jun 2020. Berita ini akhirnya menjawab segala persoalan tetang sesi persekolahan sepanjang PKPB yang masih berlangsung sekarang.

Garis panduan ini adalah hasil perbincangan teliti dan terperinci bersama Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Menurut Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Mohd Radzi Md Jidin, garis panduan ini adalah merangkumi pergerakan pelajar di dalam kawasan sekolah sebaik pelajar tiba sehinggalah pelajar pulang.

Menurut beliau lagi, tujuan garis panduan ini adalah bagi melihat kaedah yang perlu dilakukan dalam konteks pembukaan sekolah. Jadi pihak sekolah dapat bersedia dan membuat persiapan yang sewajarnya. Ini supaya apabila diumumkan sahaja pembukaan sekolah, setiap sekolah telah bersedia sepenuhnya untuk menerima kemasukan pelajar.

Menteri Kanan (Kluster Pendidikan) Dr Mohd Radzi Md Jidin (tengah) memberi penerangan berkenaan pembelian makanan pelajar mengikut garis panduan ketika melakukan lawatan kerja di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Engku Husain semalam.
Turut kelihatan (dari kanan) Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Dr Habibah Abdul Rahim, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Keselamatan Negara Mohd Rabin Basir dan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Datuk Dr Mohd Gazali Abas.

-fotoBERNAMA (2020)

Apapun beliau berkata bahawa kementerian sentiasa berbincang dengan pihak sekolah sekiranya ada penambahbaikan dalam garis panduan tersebut. Semua pihak iaitu pengurusan sekolah, guru termasuk ibubapa mestilah memainkan peranan. Jika anak bergejala dan tidak sihat, maka pihak ibu bapa mestilah mengelakkan daripada menghantar anak ke sekolah.

Lawatan kerja yang beliau hadiri semalam bagi persediaan pembukaan semula sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Engku Husain, Semenyih turut dihadiri oleh Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Mohd Rabin Basir dan Ketua Pengarah Pelajaran, Dr Habibah Abdul Rahim.

Kata Mohd Radzi lagi, sekolah juga akan dipantau oleh jabatan pelajaran negeri dan pejabat pelajaran daerah agar garis panduan yang disediakan dipatuhi. Beliau juga akan singgah di sekolah-sekolah untuk melihat pelaksanaan garis panduan yang telah dibuat. Beliau yakin bahawa pihak pengurusan sekolah dan juga guru akan bekerjasama demi memastikan garis panduan ini dipatuhi.

Beliau juga berharap ibu bapa tidak perlu risau untuk menghantar anak ke sekolah dan agar ibu bapa turut mendidik anak-anak mendisiplinkan diri terutama dalam mengamalkan penjarakan sosial.

Tarikh Pembukaan Sekolah

Namun begitu beliau menyatakan setakat ini masih tiada tarikh yang ditetapkan bagi memulakan sesi persekolahan. Pihaknya juga sedang bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan dan MKN untuk memutuskan tarikh yang sesuai.

Kata beliau, apabila Kementerian Kesihatan dan MKN merasakan sudah sampai masanya sekolah dibuka, maka pengumuman akan dibuat dua minggu sebelum ia dibuka. Buat masa ini masih tiada sebarang tarikh.

Menurutnya lagi pembukaan sekolah kelak hanya melibatkan pelajar tingkatan lima dan enam sahaja dengan hampir 3000 sekolah menengah. (SUMBER BERNAMA)

Jadi Garis Panduan Untuk Pembukaan Semula Sekolah akan diedar esok dan pihak SGO berharap garis panduan ini memberi harapan baru kepada guru dan pelajar untuk memulakan sesi persekolahan dengan selamat.

 

Dapatkan Soalan Ramalan UPSR PT3 SPM 2020 + Latihan Musim PKP Covid-19(Premium Items)

.rt-wpls .single-logo a { color: #000000; font-weight: bold; } .rt-wpls .slick-prev, .rt-wpls .slick-next { width: 40px; height: 40px;}' ); ?>