Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) komited dalam memastikan murid tidak ketinggalan dan dapat mengikuti pembelajaran secara berterusan dalam keadaan yang selamat. Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Bilangan 06/2020 bertarikh 29 April 2020 telah meluluskan garis panduan ini sebagai rujukan kepada pentadbir, guru dan ibu bapa / penjaga berkaitan pengurusan sekolah dalam tempoh pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Tempoh pasca PKP adalah masa yang kritikal dalam memastikan keselamatan murid, guru dan warga sekolah. Perkara ini mestilah diberi keutamaan.
Tujuan
Sehubungan dengan itu, garis panduan ini dikeluarkan bertujuan memastikan:
- pengurusan sekolah dan asrama dapat berlaku dengan lebih teratur dan lancar;
- keselamatan dan kesihatan murid diutamakan semasa meraka berada dalam premis sekolah; dan
- proses pengajaran dan pembelajaran berlaku seperti dirancang dalam keadaan yang selamat.
Garis Panduan
Bagi membantu dan memudahkan pengurusan sekolah selepas tempoh PKP, bersama-sama ini dilampirkan Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.
Garis panduan ini adalah terpakai kepada semua institusi pendidikan termasuk Kolej Vokasional dan Kolej Tingkatan 6 di bawah KPM serta Institusi Pendidikan Swasta yang berdaftar dengan KPM.
Pematuhan
Pengetua, guru besar, pentadbir sekolah dan guru hendaklah mematuhi semua tatacara yang ditetapkan dalam gari panduan tersebut. Sekolah perlu membuat persiapan persediaan pembukaan sekolah dengan merujuk kepada garis panduan yang dilampirkan.
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) diminta membuat pemantauan bagi memastikan pematuhan terhadap garis panduan ini oleh semua sekolah bawah pentadbiran masing-masing.
Kuat Kuasa
Surat siaran ini berkuat kuasa serta merta mulai pada tarikh surat ini dikeluarkan. Oleh itu, Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 3 Tahun 2020: Garis Panduan Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Semasa Perintah Kawalan Pergerakan Disebabkan Penularan Jangkitan COVID-19 bertaruikh 27 Mac 2020 adalah dibatalkan.
Dapatkan “Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah” disini
Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download :
Surat Siaran Bilangan 5 Tahun 2020
Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah
Penutup
Pelaksanaan Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia ini diharap dapat memastikan pengurusan sekolah dan proses PdP boleh beroperasi dengan lancar. Semua sekolah hendaklah patuh kepada peraturan yang ditetapkan dalam garis panduan ini. JPN dan PPD hendaklah memantau pelaksanaan pengurusan sekolah di negeri dan daerah masing-masing bagi memastikan pematuhan kepada garis panduan ini.