Garis Panduan Pembukaan Semula PraSekolah. Garis Panduan Pembukaan Semula Prasekolah ini disediakan sebagai rujukan dan panduan kepada prasekolah / tabika / tadika kerajaan dan swasta.
Garis Panduan ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (rujukan Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 5 Tahun 2020 bertarikh 4 Jun 2020), surat pekeliling ikhtisas, surat siaran dan arahan serta peraturan berkaitan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia dari semasa ke semasa.
Garis Panduan
Bagi membantu dan memudahkan pengurusan sekolah selepas tempoh PKP, bersama-sama ini dilampirkan Garis Panduan Pengurusan Pembukaan PraSemula Sekolah yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Garis panduan ini adalah terpakai kepada semua institusi prasekolah / tabika / tadika kerajaan dan swasta.
Pematuhan
Pentadbir sekolah, guru, pembantu pengurusan murid (PPM) serta ibu bapa / penjaga hendaklah mematuhi semua tatacara yang ditetapkan dalam garis panduan tersebut. Setiap aspek pengoperasian merujuk kepada garis panduan yang dilampirkan.
Dapatkan “Garis Panduan Pembukaan Semula PraSekolah” disini
Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download :
Garis Panduan Pembukaan Semula PraSekolah
Penutup
Pelaksanaan Garis Panduan Pembukaan Semula PraSekolah ini diharap dapat memastikan pengurusan sekolah dan proses PdP boleh beroperasi dengan lancar. Semua sekolah hendaklah patuh kepada peraturan yang ditetapkan dalam garis panduan ini. JPN dan PPD hendaklah memantau pelaksanaan pengurusan sekolah di negeri dan daerah masing-masing bagi memastikan pematuhan kepada garis panduan ini.