Daftar MySejahtera Check-In Untuk Sekolah

Sertai Study Group SPM 2020

PREMIUM Hanya guru SPM dan Calon SPM 2020 sahaja dibenarkan join. ♥ Para guru SPM boleh berkongsi bahan, link, buah fikiran, video pengajaran, etc.

Daftar MySejahtera Check In Untuk Sekolah. MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri. Pada masa yang sama, ia membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.

Aplikasi MySejahtera

Aplikasi MySejahtera memberikan kemudahan untuk:

  • Membantu Kerajaan dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan seterusnya menangani wabak COVID-19.
  • Membantu individu mengenal pasti tahap kesihatan mereka sepanjang penularan wabak COVID-19
  • Membantu individu mendapatkan bantuan kesihatan dan tindakan yang perlu diambil jika dijangkiti COVID-19
  • Membantu individu mengenal pasti hospital dan klinik terdekat untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan COVID-19

MySejahtera Check-In

MySejahtera Check-In adalah satu fungsi tambahan dalam aplikasi MySejahtera di mana ia memberi kebenaran kepada semua jenis premis untuk mengikuti SOP Pembukaan Semula Ekonomi yang digariskan oleh Kerajaan Malaysia dalam keadaan wabak COVID-19 di Malaysia.

  • Imbas Kod QR menggunakan Pengimbas Kod QR Aplikasi MySejahtera.
  • Pengesahan dibenarkan masuk ke premis.

Daftar Premis Sekolah

  1. Layari laman MySejahtera, kemudian klik MySejahtera Check-In
  2. Klik Daftar MySejahtera Check-In
  3. Pilih pendaftaran menggunakan emel sekolah.
  4. Masukkan emel sekolah dan klik pada kotak “I’m not a robot”. Kemudian klik Register.
  5. Pendaftaran berjaya.
  6. Buka emel yang didaftarkan dan klik pada pautan yang diberikan untuk mengaktifkan akaun.
  7. Isi maklumat premis/sekolah.
  8. Pengaktifan berjaya.
  9. Download dan emel salinan Kod QR untuk simpanan.

Tampal di Pondok Pengawal

Kod QR yang dicetak boleh ditampal di pondok pengawal di pintu utama. Semua pelawat mesti mengimbas kod QR tersebut untuk merekodkan kehadiran mereka. Pengawal hanya memeriksa suhu badan mereka sebelum mengimbas kod QR. Seterusnya kesesakan untuk menulis nama dapat dielakkan di pintu masuk sekolah.

 

Dapatkan Soalan Ramalan UPSR PT3 SPM 2020 + Latihan Musim PKP Covid-19(Premium Items)

.rt-wpls .single-logo a { color: #000000; font-weight: bold; } .rt-wpls .slick-prev, .rt-wpls .slick-next { width: 40px; height: 40px;}' ); ?>