Buku Panduan Guru: Bahasa Melayu Tahun 1

Buku Panduan Bahasa Melayu Tahun 1

Buku Panduan Guru Bahasa Melayu Tahun 1. Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Tahun Satu ini disediakan sebagai bahan rujukan untuk membantu guru menjana idea, merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Buku ini sebagai panduan kepada guru untuk mengaplikasikan Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah dalam pengajaran dan pembelajaran. Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Tahun Satu juga mencadangkan pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkonsepkan didik hibur bagi memberi peluang kepada murid melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara aktif dengan sokongan pelbagai bahan media.

Panduan Guru

Buku Panduan Guru ini diharapkan dapat membantu guru untuk menterjemahkan Standard Kurikulum Sekolah Rendah (KSSR) Bahasa Malaysia yang mengetengahkan pendekatan modular dan menitikberatkan pembelajaran secara didik hibur. Dalam pendekatan modular ini, fokus pengajaran dan pembelajaran diberikan kepada kemahiran mendengar dan bertutur, membaca dan menulis, serta dua elemen lain iaitu aspek seni bahasa dan tatabahasa. Kesemua fokus pengajaran dan pembelajaran ini amat penting dan perlu dikuasai oleh murid bukan sahaja bagi membantu mereka memantapkan kemahiran bahasa, mencungkil potensi diri, dan meneroka pelbagai bidang ilmu pengetahuan, malahan menggalakkan mereka berkomunikasi secara berkesan dan bertatasusila dalam semua urusan. Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah juga turut memberi penekanan kepada aspek pentaksiran, pemulihan dan pengayaan yang merupakan aspek penting dalam pengajaran dan pembelajaran.

Empat Bahagian

Buku panduan ini mengandungi empat bahagian;

  • Bahagian 1 merupakan pengenalan tentang Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Tahun Satu dan Struktur Pendekatan Modular.
  • Bahagian 2 mengandungi contoh-contoh Strategi Pengajaran dan Pembelajaran.
  • Bahagian 3 memaparkan contoh pemetaan rancangan mengajar mingguan.
  • Bahagian 4 mengandungi daftar kata dan glosari Bahasa Malaysia Tahun Satu.

Strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam Buku Panduan Guru ini hanyalah cadangan. Guru digalak menggunakan kreativiti sendiri untuk mengubah suai aktiviti tersebut supaya bersesuaian dengan kebersediaan dan kebolehan murid dalam setiap pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.

Dapatkan “Panduan Guru Bahasa Melayu Tahun 1” disini


Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download :
Buku Panduan Guru Bahasa Melayu Tahun 1

 

 

Buku Panduan Guru ini diharap dapat dimanfaatkan dalam usaha melahirkan modal insan yang mampu menyumbang ke arah pembangunan negara selaras dengan kehendak
kementerian.