Buku Panduan Daftar Kosa Kata Bahasa Melayu

Buku Panduan Daftar Kosa Kata Bahasa Melayu SJK v3

Buku Panduan Daftar Kosa Kata Bahasa Melayu SJK. Kosa kata merupakan perbendaharaan yang digunakan secara meluas dalam kemahiran lisan, bacaan dan penulisan yang perlu dikuasai oleh murid. Pemilihan kosa kata dalam buku ini berdasarkan tema yang terdapat dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) KSSR Semakan. Penguasaan dan pemahaman terhadap sesuatu kosa kata dapat membantu murid menguasai Bahasa Melayu dengan baiknya dalam aktiviti pembelajaran dan kehidupan seharian.

Bahan Sokongan Kurikulum

Buku Panduan Daftar Kosa Kata Bahasa Melayu SJK ini disediakan sebagai bahan sokongan kurikulum. Buku ini boleh dijadikan panduan kepada guru untuk mengajarkan kosa kata dalam mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah. Kandungan buku kosa kata ini disusun berdasarkan 11 tema yang terdapat dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Tema-tema yang dipelajari ialah Kekeluargaan, Kemasyarakatan, Kesihatan dan Kebersihan, Keselamatan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Estetika, Jati Diri, Patriotisme dan Kewarganegaraan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Kelestarian Alam, Pertanian dan Penternakan, Ekonomi, Keusahawanan dan Kewangan. Kosa kata yang sesuai mengikut tema dan tahun dipilih dan disenaraikan bagi memudahkan guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Penguasaan kosa kata sangat penting dalam proses pembelajaran bahasa. Tahap penguasaan kosa kata menjadi salah satu daripada ukuran keterampilan berbahasa murid. Murid perlu menguasai kosa kata, sama ada kosa kata umum atau kosa kata istilah untuk meningkatkan kemahiran berbahasa murid. Melalui aktiviti pengembangan kosa kata, murid dapat memahami makna perkataan yang didengar, dibaca serta dapat bertutur dengan menggunakan perkataan yang tepat dan berkesan secara lisan mahupun penulisan. Kreativiti guru dalam mempelbagaikan aktiviti pengembangan kosa kata dalam pengajaran amat digalakkan

Dapatkan “Buku Panduan Daftar Kosa Kata Bahasa Melayu” disini


Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download :
Buku Panduan Daftar Kosa Kata Bahasa Melayu SJK

 

 

Penghasilan Buku Panduan Daftar Kosa Kata ini merupakan salah satu usaha Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pendidikan Melaysia untuk membantu murid-murid sekolah rendah khususnya murid di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) untuk meningkatkan tahap penguasaan kosa kata Bahasa Melayu dalam kalangan murid bukan penutur jati.

Objektif

Buku Panduan Daftar Kosa Kata Bahasa Melayu SJK bertujuan:

  1. membantu guru memilih kosa kata yang sesuai berdasarkan tema mengikut konteks.
  2. memperkaya kosa kata murid melalui kata nama, kata dasar, kata terbitan, kata adjektif, penjodoh bilangan, dan peribahasa.
  3. meningkatkan penguasaan kemahiran berbahasa murid melalui penguasaan kosa kata.

Kaedah Pemilihan Kosa Kata

Pemilihan kosa kata ini berasaskan tema yang digunakan dengan mengambil kira perkara-perkara yang berikut:

  1. kosa kata yang dapat digunakan dalam pelbagai tema.
  2. kosa kata yang menjadi kebiasaan dalam penggunaan seharian dan persekitaran murid.
  3. kosa kata yang dapat merangkumi pelbagai bidang penggunaan dan mempunyai makna yang luas.
  4. kosa kata yang relevan mengikut konteks.

Penutup

Diharapkan Buku Panduan Daftar Kosa Kata ini dapat membantu guru melaksanakan PdP bahasa Melayu dengan berkesannya dan, dapat meningkatkan tahap penguasaan Bahasa Melayu murid.