Format Baharu SPM dan UPBA Mulai Tahun 2021 – Bahasa Cina. Kementerian Pendidikan (KPM) akan memperkenalkan format baharu bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 sejajar dengan pengenalan pakej mata pelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta Pakej Sastera dan Kemanusiaan yang mula dilaksanakan untuk pelajar Tingkatan Empat, pada tahun ini.
“Pengenalan pakej mata pelajaran di bawah Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) itu menyebabkan berlakunya perubahan dalam format peperiksaan SPM 2021”
Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Kebangsaan telah mengambil maklum Format Instrumen Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Ujian Pencapaian Bahasa Antarabangsa (UPBA) mulai tahun 2021 bagi Mata Pelajaran Akademik Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).
Format Baharu
Pengenalan pakej baharu pilihan mata pelajaran yang disediakan KPM ini selaras dengan pelaksanaan KSSM dan diharap dapat menarik lebih ramai calon untuk mengambil mata pelajaran berkenaan pada masa depan.
Di sini disertakan Format Instrumen Peperiksaan bagi Mata Pelajaran Bahasa Cina (6351) yang telah dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Dapatkan “Format Baharu SPM – Bahasa Cina” disini
Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download : Bahasa Cina (6351)
Bermula 2021
Pelaksanaan Format Instrumen Peperiksaan ini bermula tahun 2021 manakala pelaksanaan Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris bagi murid tingkatan 4 tahun 2020 adalah sebagai Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).
Semoga maklumat tentang format baharu instrumen peperiksaan SPM 2021 ini dapat membantu para murid dan guru dalam membuat persediaan menduduki peperiksaan SPM kelak.
Selamat Maju Jaya.