Arahan Khas Ujian Saringan Covid-19 Kepada Guru-Guru Sebelum Kembali Ke Sarawak

Arahan Khas Kepada Guru-Guru Sebelum Kembalik Ke Sarawak. Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) teleh menerima arahan daripada Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak supaya membuat ujian saringan covid-19 sebelum kembali bertugas di Sarawak.

Pematuhan

Arahan ini terpakai kepada semua guru yang berada di Semenanjung, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sebelum kembali bertugas ke negeri Sarawak.

Sehubungan dengan itu, guru-guru yang berada di Semenanjung, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan adalah diminta untuk mematuhi arahan tersebut sebagai langkah pencegahan dan kawalan risiko penularan wabak covid-19 di negeri Sarawak.

“Ujian ini hendaklah dibuat tiga (3) hari sebelum memulakan perjalanan ke Sarawak”

Kuarantin

Bagi guru-guru yang bertugas di bandar yang telah menjalani ujian saringan covid-19 tiga (3) hari sebelum masuk ke negeri Sarawak, mereka dikehendaki untuk menjalani kuarantin kendiri di kediaman masing-masing (‘Stay Home Notice’) selam empat belas (14) hari serta dikehendaki memakai ‘wristband’ sepanjang tempoh kuarantin.

Manakala bagi guru-guru yang bertugas di kawasan pedalaman Sarawak yang sudah / belum menjalani ujian saringan covid-19 semasa ketibaan di negeri Sarawak, mereka akan menjalani tempoh kuarantin selama empat belas (14) hari di pusat kuarantin yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) serta dikehendaki memakai ‘wristband’ sepanjang tempoh kuarantin. Mereka juga perlu menjalani ujian saringan covid-19 pada hari kesepuluh (10). Jika keputusan adalah negatif, mereka dibenarkan balik dengan pengangkutan akan disediakan bagi pergerakan balik guru-guru ke kediaman masing-masing.

Dapatkan “Arahan Khas Kepada Guru-Guru Sebelum Kembalik Ke Sarawak ” disini


Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download :
Arahan Khas Ujian Saringan Covid-19 Kepada Guru-Guru Sebelum Kembalik Ke Sarawak

 

 

Penutup

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada JPNS serta JPBNS atas kesiapsiagaan dalam memastikan penularan wabak covid-19 dapat dibendung. Semoga perjalanan guru-guru dan keluarga untuk kembali ke stesen bertugas dipermudahkan.